الموضوع: Mereka semua tidak dipandang beragama, sehinggalah mereka benar-benar menegakkan ajaran-ajaran Kitabullah Al-Qur'an..

النتائج 1 إلى 1 من 1
  1. افتراضي Mereka semua tidak dipandang beragama, sehinggalah mereka benar-benar menegakkan ajaran-ajaran Kitabullah Al-Qur'an..

    كلهم ليسوا على شيء حتى يقيموا هذا القرآن العظيم

    Mereka semua tidak dipandang beragama, sehinggalah mereka benar-benar menegakkan ajaran-ajaran Kitabullah Al-Qur'an..


    اقتباس المشاركة 208901 من موضوع Adakah engkau melihat kebatilan, kedustaan dan kebohongan yang besar dalam seruan dakwah saudaramu Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

    >المصدر<

    - 2 -

    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    18 - 12 - 1430 هـ
    06 - 12 - 2009 مـ
    09:42 مساءاً
    ـــــــــــــــــــــ



    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين وآله التوابين المتطهرين والتابعين للحقّ إلى يوم الدّين..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas penutup para nabi dan rasul beserta keluarganya yang bertaubat dan mensucikan diri mereka (dari kotoran syirik), juga ke atas para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan..


    أخي محمد المسلم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، وأمّا الإجابة على سؤالك عن الأنصار السابقين الأخيار وهم الذين صدّقوا المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الظهور بالفتح المبين من ربّ العالمين ليلة يسبق الليل النّهار بسبب مرور كوكب العذاب كوكب سقر وهو بما يسمونه الكوكب العاشر نيبيرو
    ( Nibiru Planet X )، والله على ما أقول شهيد ووكيل، وقد خاب من افترى على الله كذباً.

    Saudara seagamaku Mohammed, salam ke atasmu beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, adapun jawaban bagi pertanyaanmu mengenai Anshar Pendahulu Terbaik, maka mereka adalah orang-orang yang membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazhar di era hiwar sebelum muncul, dengan kemenangan nyata dari Tuhan Semesta Alam, pada suatu malam yang malamnya mendahului siang disebabkan oleh melintasnya Kaukab Al-'Azab yaitu Kaukab Saqar.

    Ianya adalah objek langit yang mereka namakan sebagai Planet Kesepuluh Nibiru
    ( Nibiru Planet X ), Allah-lah yang menjadi saksi dan pelindung terhadap apa yang aku katakan ini, dan sesungguhnya telah merugilah orang-orang yang mengadakan kedustaan.


    ويا أخي الكريم والله الذي لا إله غيره لن يتبع المهدي المنتظر فيصدق بالبيان الحقّ للذكر إلا من كان يعقل وليس الإمعات الذين لا يعقلون فيتّبعون الذين من قبلهم الاتّباع الأعمى من غير تفكرٍ في سلطان علمهم الذي وجدوا آباءهم عليه هل هو حقاً من عند الرحمن أم مفترى من الشيطان ما أنزل الله به من سلطان وكيف تعلم أنّه مفترى من الشيطان؟ فالأمر بسيط إذا كنت مؤمناً بالقرآن العظيم البرهان من ربّ العالمين المحفوظ من التحريف إلى يوم الدّين رسالة الله إلى الإنس والجنّ أجمعين فعليك الاعتصام بمُحكمه فهو حبل الله من اعتصم به هُدي إلى صراطٍ مستقيم، وليس معنى ذلك أنّ المهدي المنتظر لا يأمركم إلا بالاعتصام بالقرآن العظيم بل وبسُنّة رسوله الحقّ صلّى الله عليه وآله وسلّم، وإنما نأمركم بالكفر بما خالف محكم كتاب الله في أحاديث السُّنة النبويّة، فلئن وجدت منها قد جاء مخالفاً لمحكم كتاب الله فاعلم أن ذلك الحديث في السُنّة مفترى على نبيه وأنّه قد جاء من عند الطاغوت الشيطان الرجيم ولذلك سوف تجد بينه وبين محكم كتاب الله اختلافاً كثيراً.

    Wahai saudaraku yang mulia, demi Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) selain-Nya, tidak ada yang akan mengikuti Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan membenarkan Al-Bayan Al-Haq bagi Al-Qur'an, kecuali orang yang menggunakan akal fikiran, bukan para pengampu atau pak turut yang tidak memikirkan.

    Yaitu yang hanya mengikuti begitu sahaja orang-orang sebelum mereka secara membuta tuli, tanpa bertafakkur memikirkan bukti keterangan ilmu pengetahuan mereka, yang mereka turuti begitu sahaja semata-mata kerana mendapati nenek moyang mereka melakukannya.

    Adakah ianya benar-benar dari sisi Ar-Rahman ataupun ianya hanya rekaan syaitan, yang Allah sama sekali tiada menurunkan suatu bukti keterangan mengenainya, bagaimana engkau dapat tahu ianya adalah sesuatu yang diada-adakan oleh syaitan
    ?

    Urusannya sederhana sekiranya engkau beriman kepada Al-Qur'an yang agung sebagai dalil bukti keterangan dari Tuhan Semesta Alam, yang terjaga lagi terpelihara dari sebarang perubahan hingga Hari Pembalasan.

    Al-Qur'an sebagai Risalah Allah untuk sekalian manusia dan jinn, maka engkau wajib berpegang teguh dengan muhkamnya, kerana ianya merupakan Tali Allah, barangsiapa yang berpegang teguh dengannya, maka sesungguhnya dia telah diberi petunjuk ke Jalan Yang Lurus.

    Demikian itu bukan bermakna Al-Mahdi Al-Muntazhar tidak memerintahkan kalian kecuali hanya berpegang teguh dengan Al-Qur'an sahaja, namun berpegang teguh dengan Sunnah Rasul-Nya SAW yang hak.

    Sesungguhnya kami hanya memerintahkan kalian untuk mengingkari semua perkara dalam Sunnah Nabawiyah yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah, yang mana sekiranya engkau temukan ada antara hadits yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah, maka ketahuilah engkau bahawasanya hadits dalam Sunnah Nabawiyah itu sebenarnya rekaan yang diada-adakan terhadap Nabi-Nya.

    Hadits-hadits rekaan itu sesungguhnya datang dari sisi thoghut syaitan yang direjam, kerana itu kelak engkau akan temukan adanya banyak pertentangan dan perselisihan antara hadits rekaan dan muhkam Kitabullah.



    وأضرب لك على ذلك مثلاً، فإن المسلمين يزعمون أنّ الباطل المسيح الدجال يُحيي الموتى فيقطع رجلاً إلى نصفين فيمرّ بين الفلقتين ثم يعيد إليه روحه فيبعثه حياً، وأعلمُ أنك من أصحاب هذه العقيدة أخي محمد، ولكن! والله لو ترجع هذه الرواية إلى عقلك فسوف يقول لكهذا مستحيل فكيف الله يؤيد بمُعجزات آيات التصديق أولياءَه وأعداءَه؟! فإذاً كيف يتبين للناس الحقّ من الباطل؟! سبحان الله وتعالى علواً كبيراً! فإذا رجعت إلى كتاب الله لكي تنظر ما يقول الله في هذه المسألة، فسوف تجد النفي المطلق، وقال الله تعالى:
    { قُلْ جَاءَ الحقّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ } صدق الله العظيم [سبأ:49]

    Aku berikan contoh yang demikian kepadamu, kaum muslimin mengakui bahawa kebatilan, yaitu Al-Masih Ad-Dajjal, dapat menghidupkan orang yang telah mati, yang mana Dajjal memotong seorang lelaki menjadi dua bahagian, kemudian dia berjalan di antara dua bahagian lelaki yang dipotong tadi, lalu mengembalikan ruhnya dan menghidupkannya kembali.

    Aku tahu engkau berkeyakinan seperti ini saudaraku Mohammed, akan tetapi! Demi Allah, sekiranya engkau merujuk kembali riwayat ini kepada akal fikiranmu, maka kelak engkau akan mengatakan seperti ini, mustahil, bagaimana Allah dapat memperkuat dengan mukjizat-mukjizat berupa tanda-tanda pembenaran, untuk wali-wali-Nya dan juga musuh-musuh-Nya?!

    Jika demikian, bagaimana yang hak dan yang batil dapat menjadi jelas bagi manusia
    ?!


    Maha Suci Allah lagi Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung
    !

    Sekiranya engkau kembali merujuk Kitabullah, supaya dapat engkau lihat pernyataan firman Allah mengenai perkara ini, maka kelak engkau akan dapatkan penafian mutlak terhadap yang demikian.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Katakanlah: "Kebenaran (yang hak) telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak [pula] akan mengulangi". (49)
    Maha Benar Allah
    [Saba]


    وهذه فتوى محكمة في كتاب الله القرآن العربيّ المبين أن الباطل لا يَخْلُق ولا يُرجع الروح إلى الجسد من بعد موتها أبداً، ثم تجد أنّ الله يتحدى الباطل ويقول لئن أعاد الروح إلى الجسد من بعد خروجها فقد صدق أهل الباطل في شركهم بالله وكفرهم أنه لا إله إلا الله فأصبح الحقّ هو معهم إن أرجعوا الروح إلى جسدها من بعد خروجها وهم يدعون الباطل من دونه، ثم تحداهم في محكم كتابه أن يفعلوا ذلك وقال لئن فعلوا ذلك وأرجعوا الروح إلى جسدها من بعد خروجها فقد صدقوا في دعوتهم الباطلة من دون الله. وقال الله في محكم كتابه متحدياً بالحق:
    { أَفَبِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ ﴿81﴾ وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ ﴿82﴾ فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ ﴿83﴾ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ﴿84﴾ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ ﴿85﴾ فَلَوْلَا إِن كنتم غَيْرَ مَدِينِينَ ﴿86﴾ تَرْجِعُونَهَا إِن كنتم صَادِقِينَ ﴿87﴾ } صدق الله العظيم [الواقعة]

    Ini adalah fatwa yang muhkam dari Kitabullah Al-Qur'an dalam bahasa arab yang jelas, bahawa kebatilan selama-lamanya tidak dapat menciptakan dan tidak pula dapat mengembalikan ruh ke jasad setelah kematiannya sampai bila-bila.

    Kemudian engkau akan dapati bahawasanya Allah menantang dan mencabar kebatilan dengan firman-Nya, jika sekiranya kebatilan dapat mengembalikan ruh ke jasad setelah ia keluar, maka benarlah ahli kebatilan dalam syirik yang mereka lakukan terhadap Allah.

    Juga, menjadi benarlah mereka dalam keingkaran mereka terhadap LAA ILAAHA ILLALLAAHU -tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah-, lalu menjadilah kebenaran itu ada pada mereka, sekiranya mereka dapat mengembalikan ruh ke jasadnya setelah ruh keluar dari jasad sedangkan mereka itu menyerukan kebatilan selain Allah.

    Kemudian Allah mencabar dan menantang mereka dalam muhkam Kitab-Nya untuk berbuat demikian dengan firman-Nya, jika mereka dapat melakukannya, mengembalikan ruh ke jasadnya setelah ia keluar, maka mereka benar dalam seruan dakwah mereka yang batil selain dari Allah.

    Firman Allah Ta'ala:

    Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al Qur’an ini?, (81)

    kamu [mengganti] rezki [yang Allah berikan] dengan mendustakan [Allah]. (82)

    Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, (83)

    padahal kamu ketika itu melihat, (84)

    dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat, (85)

    maka mengapa jika kamu tidak dikuasai [oleh Allah]? (86)

    Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar?, (87)

    Maha Benar Allah
    [Al-Waaq'ah]



    فانظر للتحدي الجليّ من العليّ العظيم:
    { فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ ﴿83﴾ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ﴿84﴾ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ ﴿85﴾ فَلَوْلَا إِن كنتم غَيْرَ مَدِينِينَ ﴿86﴾ تَرْجِعُونَهَا إِن كنتم صَادِقِينَ ﴿87﴾ } صدق الله العظيم

    Maka perhatikanlah olehmu akan tantangan nyata dari Yang Maha Luhur lagi Maha Agung:

    Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, (83)

    padahal kamu ketika itu melihat, (84)

    dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu. Tetapi kamu tidak melihat, (85)

    maka mengapa jika kamu tidak dikuasai [oleh Allah]? (86)

    Kamu tidak mengembalikan nyawa itu [kepada tempatnya] jika kamu adalah orang-orang yang benar? (87)
    Maha Benar Allah



    إذاً الباطل لن يستطيع أن يفعل ذلك ولربما يقول أحد المُفترين الذين لا يعقلون: "بل أيّده الله فتنة للناس" ثم نردّ عليه: فهل هذا قول يقبله العقل والمنطق؟ فكيف يؤيّده الله فيكذب تحديه في محكم كتابه للباطل وأتباعه؟ سبحان الله العظيم وتعالى عما يفترون علواً كبيراً، إذاً فما هو الغرض من هذا الافتراء؟ ثم يجيبك عليه المهدي المنتظر: وذلك لكي تكفروا بما جاء في محكم كتاب الله فيردّوكم من بعد إيمانكم كافرين بما أنزل الله في محكم هذا القرآن العظيم فلا يبقى إلا رسمه المحفوظ بين أيديكم، وقد نجحوا منذ زمنٍ بعيد وأنتم اتّبعتم الذين من قبلكم يا معشر المسلمين الاتّباع الأعمى من غير تدبرٍ ولا تفكرٍ هل ما وجدتم عليه آباءكم من قبلكم هو الحقّ أم إن الشياطين قد ضلّلوهم عن الصراط المستقيم؟ ولذلك بعث الله المهدي المنتظر ليهدي المسلمين من بعد ضلالهم فيعيدهم إلى منهاج النبوة الأولى، وليس لي شرطاً عليهم إلا شرطاً واحداً فقط وهو أن يؤمنوا بهذا القرآن العظيم الذي بين أيديهم كتاب الله المحفوظ من التحريف ذكر الله لهم وذكر العالمين الإنس والجنّ أجمعين حجّة الله عليهم فيتبعونه إن كانوا يخافون الله ربّ العالمين. وقال الله تعالى:
    { إِنَّمَا تُنْذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكْرَ وَخَشِيَ الرَّحْمَنَ بِالْغَيْبِ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ (11) } صدق الله العظيم [يس]

    Maka dari itu, kebatilan tidak akan mampu untuk melakukan demikian.

    Barangkali seseorang dari kalangan orang yang mengada-adakan, yaitu orang-orang yang tiada memikirkan berkata:

    "Namun Allah-lah yang memberikan kemampuan kepada Dajjal untuk menguji manusia"

    Lalu kami balasnya:

    Adakah ini ucapan yang dapat diterima akal fikiran dan logik
    ?

    Bagaimana pula Allah dapat memberikan kemampuan kepada Dajjal lalu mendustakan tantangan-Nya dalam muhkam Kitab-Nya terhadap kebatilan dan para pengikutnya? Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Maha Luhur dari apa yang mereka ada-adakan, Maha Tinggi lagi Maha Agung.

    Jika begitu, apa pula tujuan mereka mengada-adakan kedustaan ini
    ?

    Kemudian Al-Mahdi Al-Muntazhar menjawab persoalan ini:

    Demikian itu mereka lakukan supaya kalian mengingkari ayat-ayat muhkamat dalam Kitabullah, agar mereka dapat mengembalikan kalian kepada kekafiran setelah kalian beriman, supaya kalian mengingkari wahyu Allah pada muhkam Al-Qur'an, yang tidak tersisa kecuali tulisannya yang terjaga lagi terpelihara di tangan kalian.

    Sesungguhnya mereka telah berjaya sejak lama dahulu, sedang kalian ini mengikuti orang-orang sebelum kalian secara membuta-tuli, tanpa merenungkan dan memikirkan wahai sekalian muslim, apakah perkara yang kalian terima dari nenek-moyang kalian itu benar, ataukah syaitan-syaitan telah menyesatkan mereka dari Jalan Yang Lurus
    ?

    Kerana itu Allah mengutus Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk memberi petunjuk kepada kaum muslimin setelah mereka tersesat, dengan mengembalikan kaum muslimin ke Minhaj An-Nubuwwah Al-Uulaa (metode awal kenabian/jalan awal nubuwwah).

    Persyaratanku atas mereka hanya satu sahaja, hendaklah mereka beriman kepada Al-Qur'an yang agung ini, Kitabullah yang ada pada mereka, yang terjaga lagi terpelihara dari sebarang perubahan, sebagai peringatan bagi mereka dan umat dunia dari segenap bangsa jinn dan manusia, sebagai hujjah Allah terhadap mereka, supaya mereka semua mengikuti Al-Qur'an jika benar mereka takutkan Allah Tuhan Alam Semesta.

    Firman Allah Ta'ala:

    Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan, dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (11)
    Maha Benar Allah
    [Yasin]



    وذلك لأنه حبل الله ذو العروة الوثقى لا انفصام لها من اعتصم بنور الله فقد اهتدى إلى صراط مستقيم، وذلك لأن القرآن العظيم هو البرهان الحقّ من ربّكم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    { قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَذَا ذِكْرُ مَنْ مَعِي وَذِكْرُ مَنْ قَبْلِي } صدق الله العظيم [الأنبياء:24]

    Demikian ini kerana Al-Qur'an adalah buhul tali Allah yang kuat, yang tidak akan putus, barangsiapa yang berpegang teguh dengan Cahaya Allah (Kitabullah), maka sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk ke Jalan Yang Lurus, demikian ini kerana Al-Qur'an yang agung adalah dalil bukti yang hak dari Tuhan kalian.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: "Tunjukkanlah hujjah kalian! [Al Qur’an] ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan orang-orang yang sebelumku".
    Maha Benar Allah
    [Al-Anbiya]



    وقال الله تعالى:
    { يَا أيّها النّاس قَدْ جَاءَكُم برهان مِّن ربّكم وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا (175) فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُواْ بِاللَّهِ وَاعْتَصَمُواْ بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مستقيماً } صدق الله العظيم [النساء:174]

    Firman Allah Ta'ala:

    Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian bukti kebenaran dari Tuhan kalian, [Muhammad dengan mu’jizatnya] dan telah Kami turunkan kepada kalian cahaya yang terang benderang [Al Qur’an]. (174)

    Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang kepada [agama]-Nya, niscaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar dari-Nya [surga] dan limpahan karunia-Nya. Dan menunjuki mereka kepada jalan yang lurus [untuk sampai] kepada-Nya. (175)

    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]



    إذاً يا أخي الكريم محمد المسلم قد تبين لك إنّ حبل الله الذي أمرنا الله أنْ نعتصم به ونكفر بما خالفه قد تبين لك إنّ حبل الله هو حقاً القرآن العظيم لا شك ولا ريب، وقال الله تعالى:
    { وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا } صدق الله العظيم [آل عمران:103]

    Oleh itu wahai saudara seagamaku Mohammed, sesungguhnya menjadi jelaslah bagimu bahawa buhul tali Allah, yang telah Allah perintah kepada kita agar berpegang teguh dengannya, supaya kita mengingkari semua yang bertentangan dengannya.

    Maka sesungguhnya telah jelas bagimu bahawa buhul tali Allah itu benar-benar adalah Al-Qur'an yang agung, tanpa syak dan ragu lagi.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali [agama] Allah, dan janganlah kalian bercerai berai
    Maha Benar Allah
    [Keluarga 'Imran]


    ولكن المسلمين تفرقوا فاختلفوا وفشلوا فذهبت ريحهم كما هو حالهم، وذلك لأنهم لم يعتصموا بكتاب الله القرآن العظيم بل نبذوه جميعاً وراء ظهورهم بحجّة أنه لا يعلم تأويله إلا الله ثم اتّبعوا أهواءهم فضلَّلهم الشيطان ضلالاً بعيداً، أفلا ترى إن المهدي المنتظر يدعو علماء المسلمين إلى الاحتكام إلى كتاب الله طيلة خمس سنوات وهم لايزالون معرضين عن دعوة المهدي المنتظر إلى الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم وذلك لأنهم للحقّ كارهون، فهم يريدون مهدياً منتظراً يأتي مُتبعاً لأهوائهم فيؤيّد الشيعة فينضمّ إليهم ويقول لهم أنتم على الحقّ أنتم الطائفة الناجيّة، ولكنه يعلم أنهم قد أشركوا بالله ربّ العالمين فهم يدعون آل بيت رسول الله من دون الله ويحسبون أنهم مهتدون، وبرغم أني المهدي المنتظر الإمام الثاني عشر من آل البيت المُطهر ولكن لا ينبغي للحقّ من ربّهم أن يَتّبِع أهواءَهم وقد اصطفى الشيعة الاثني عشر مهديهم المنتظر قبل أكثر من ألف سنة، ويا سبحان الله العظيم!

    Namun orang-orang Islam telah berpecah-belah, lalu mereka saling berselisih membuatkan mereka jadi lemah dan hilang kekuatan sepertimana hal keadaan mereka.

    Demikian ini kerana mereka tidak berpegang teguh dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, namun mereka telah mencampakkan seluruhnya ke belakang punggung mereka, dengan alasan mereka bahawa tiada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah, lalu mereka mengikuti hawa nafsu mereka hingga syaitan menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.

    Tidakkah engkau lihat bahawasanya Al-Mahdi Al-Muntazhar menyeru ulama muslimin untuk kembali berhukum dengan Kitabullah sepanjang lima tahun ini, sedang mereka itu masih tetap berpaling mengabaikan seruan dakwah Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung.

    Demikian itu kerana mereka tidak menyukai kebenaran, mereka mahukan mahdi yang dinanti itu datang untuk mengikuti hawa nafsu mereka, bagi meneguhkan kelompok Syi'ah dan bergabung menyertai mereka, supaya mahdi itu mengatakan kepada mereka "Kalian berada atas kebenaran, kalian adalah kelompok yang selamat".

    Akan tetapi dia (Al-Mahdi) mengetahui bahawa mereka telah mempersekutukan Allah Tuhan Semesta Alam, kerana mereka menyeru Ahlul Bayt Rasulullah selain Allah, lalu menyangka mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

    Sungguhpun aku ini Al-Mahdi Al-Muntazhar yang sebenarnya, imam yang ke duabelas dari Ahlul Bayt Rasulullah yang suci, akan tetapi tiadalah layak bagi kebenaran yang datang dari Tuhan mereka untuk mengikuti hawa nafsu mereka, sesungguhnya Syi'ah Itsnaa 'Asyr telah memilih "mahdi mereka yang dinanti" lebih dari seribu tahun lalu, ya Subhanallah, aduhai Maha Suci Allah yang Maha Agung
    !



    فما ينبغي للمهدي المنتظر أن تلده أمه قبل قدره المقدور في الكتاب المسطور وما ينبغي للشيعة الاثني عشر أن يصطفوا المهدي المنتظر خليفة الله من دونه، سبحان الله العظيم فلا يشرك في حُكمه أحداً! فلا يحقّ لهم أن يصطفوا خليفة الله من دونه فقد ضلت الشيعة الاثني عشر ضلالاً كبيراً ودخلوا سرداباً مظلماً وقد جاء قدر بعث المهدي المنتظر بأمر الله الواحد القهّار وظهر البدر، ولكني أقسمُ بالله الواحد القهّار إِنَّ الشيعة الاثني عشر لن يصدّقوا المهدي المنتظر حتى يخرجوا من السرداب المظلم ليشاهدوا البدر فقد ظهر بل صار وسط السماء ولكن كيف يُشاهد البدر وسط السماء من كان في سرداب مظلم؟!

    Maka tidaklah patut bagi Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk dilahirkan oleh ibunya, sebelum sampai ketetapan yang telah ditetapkan (pasti terjadi) dalam Kitab Yang Tertulis, dan tidaklah patut bagi Syiah Itsnaa 'Asyr untuk memilih Al-Mahdi Al-Muntazhar Khalifah Allah selain-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Allah tidak mengambil seorangpun untuk menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan-Nya
    !

    Tiadalah mereka berhak untuk memilih Khalifah Allah selain-Nya, sesungguhnya Syi'ah Itsnaa 'Asyr telah tersesat dengan kesesatan yang besar, di mana mereka itu telah masuk dalam Sirdaab (tempat bawah tanah) yang gelap (mengikut kepercayaan mereka), padahal sesungguhnya ketetapan perutusan Al-Mahdi Al-Muntazhar telah datang dengan perintah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan telah tampak bulan purnama.

    Namun aku bersaksi demi Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, sesungguhnya Syi'ah Itsnaa 'Asyr tidak akan membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazhar, kecuali mereka keluar dari Sirdaab yang gelap untuk melihat bulan purnama itu kerana sesungguhnya ia telah muncul, bahkan purnama itu telah berada di tengah langit, akan tetapi bagaimana purnama di tengah langit dapat disaksikan oleh orang yang berada di Sirdaab yang gelap
    ?!



    وأما السُّنة والجماعة وما أدراك ما السُّنة والجماعة! فقالوا: بل كذبتم يا معشر الشيعة الاثني عشر بل نحن من نصطفي المهدي المنتظر في قدره المقدور في الكتاب المسطور ومن قال أنّه المهدي المنتظر من قبل ان نقول له أنّه هو المهدي المنتظر فإنه كذّاب أشِر وليس المهدي المنتظر، ثم يزعمون أنهم على الحقّ والشيعة الاثني عشر على الباطل، ومثلهم كمثل اليهود والنّصارى وهم ليسوا على شيء لا الشيعة الاثني عشر ولا أهل السُّنة والجماعة فما أشبهم باليهود والنّصارى الذين اختلفوا في دينهم. وقال الله تعالى:
    { وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النّصارى عَلَى شَيْءٍ وَقَالَتِ النّصارى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ } صدق الله العظيم [البقرة:113]

    Adapun Ahlus Sunnah wal Jama'ah, tahukah engkau apa itu Ahli Sunnah wal Jama'ah! Mereka itu mengatakan:

    "Namun kalian telah berdusta wahai sekalian Syi'ah Itsnaa 'Asyr, bahkan kamilah yang akan memilih dan menentukan siapa Al-Mahdi Al-Muntazhar, pada ketetapannya yang telah ditetapkan dalam Kitab Yang Tertulis, sesiapa yang mengaku dirinya Imam Mahdi sebelum kami sendiri yang mengatakan padanya dirinya Imam Mahdi, maka sungguh dia seorang yang amat pendusta lagi sombong, bukan Imam Mahdi sebenar".

    Lalu mereka menyangka bahawa mereka berada di atas kebenaran, sedang kelompok Syi'ah Itsnaa 'Asyr berada atas kebatilan.

    Perumpamaan mereka sama seperti kaum Yahudi dan Nasrani, mereka tidak mempunyai suatu pegangan, begitu juga Syi'ah dan Ahlus Sunnah wal Jama'ah tidak mempunyai suatu pegangan, alangkah miripnya mereka ini dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang saling berselisih dalam perkara agama mereka.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai suatu pegangan", dan orang-orang Nasrani berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan,"
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    ولكنهم ليسوا على شيء كلهم لا اليهود ولا النّصارى لأنهم لم يقيموا التوراة والإنجيل بل اتّبعوا أهواءهم. وقال الله تعالى:
    { قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَبِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّى تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ } صدق الله العظيم [المائدة:68]

    Namun mereka kaum Yahudi dan Nasrani tidak mempunyai suatu pegangan, tidak dipandang beragama sedikitpun, kerana mereka tidak menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan Injil, bahkan mereka mengikuti hawa nafsu mereka.

    Firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)
    Maha Benar Allah
    [Al-Maa'idah]


    وكذلك الشيعة والسُّنة كلهم ليسوا على شيء وذلك لأنهم لم يقيموا هذا القرآن العظيم بل نبذوه وراء ظُهورهم واتبعوا أهواءهم وما خالف لمحكم كتاب الله من عند الطاغوت ويحسبون أنهم على شيء، وهم كلهم ليسوا على شيء حتى يقيموا هذا القرآن العظيم فيجيبوا دعوة المهدي المنتظر الذي يدعوهم إلى الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم إن كانوا به مؤمنين وإن أعرضوا فالحُكم لله وهو أسرع الحاسبين.

    Begitu juga kaum Syi'ah dan Sunnah, mereka semua tidak dipandang beragama sedikitpun, kerana mereka tidak menegakkan ajaran-ajaran Al-Qur'an yang agung, bahkan mereka telah melempar hukum-hakamnya ke belakang mereka, lalu menuruti hawa nafsu mereka dan perkara-perkara dari sisi thoghut, yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah, sedang mereka itu mengira bahawa mereka beragama.

    Padahal sesungguhnya mereka semua tidak dipandang beragama, sehinggalah mereka benar-benar telah menegakkan ajaran-ajaran Kitabullah Al-Qur'an yang agung ini.

    Lalu menyahut dan memenuhi seruan dakwah Al-Mahdi Al-Muntazhar, yang mengajak mereka untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, jika mereka benar-benar beriman kepada Al-Qur'an.

    Namun sekiranya mereka berpaling maka keputusannya terserah pada Allah, Dia-lah yang Maha Cepat membuat perhitungan.



    ويا أيّها المسلم محمد كُن من الأنصار السابقين الأخيار وهم الذين صدقوا المهدي المنتظر فاتبعوا البيان الحقّ للذكر فشدّوا أزر المهدي المنتظر ونصروه في عصر الحوار من قبل الظهور بالفتح المبين بعذاب من الله من كوكب العذاب سقر اللواحة للبشر ليلة يسبق الليل النّهار ليلة ظُهور المهدي المنتظر في ليلة واحدة على كافة البشر، فيُظهر الله خليفته عليهم بالحقّ في ليلة وهم صاغرون. وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..

    Wahai muslim yang bernama Mohammed, jadilah engkau termasuk kalangan pendahulu anshar terbaik, mereka adalah orang-orang yang membenarkan Al-Mahdi Al-Muntazhar dan mengikuti Al-Bayan Al-Haq –keterangan yang benar- untuk Al-Qur'an, lalu mereka meneguhkan kekuatan Al-Mahdi Al-Muntazhar dan membantunya di era hiwar sebelum muncul dengan kemenangan nyata dengan azab seksaan dari Allah.

    Dengan azab seksaan dari Kaukabul'azab SAQAR pembakar kulit manusia, pada suatu malam yang malamnya mendahului siang, malam kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazhar, hanya pada satu malam sahaja ke atas sekalian manusia.

    Maka Allah memunculkan Khalifah-Nya untuk manusia dengan kebenaran pada malam itu sedang mereka dalam keadaan tunduk.

    Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..



    أخوكم الإمام ناصر محمد اليماني.

    Saudara kalian Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani

    ــــــــــــــــــــــ



    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    18 - 12 - 1430 هـ
    06 - 12 - 2009 مـ
    09:59 مساءاً
    ـــــــــــــــــــ



    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، ومعذرة أيّها المصري الذي كتب معرفه، كلامك سخيف، فوالله لا أعلم أي عضو من أعضاء مجلس الإدارة قام بحذفك بالمرة، وحتى ولو كان معه حقّ في حذفك فإن المهدي المنتظر لم يأمر بحذفك لأنك وعدت أنك سوف تحاج بعلم وسلطان منير ولو أنه لا يبدو لي ذلك غير البطيخ وهو مبلغك من العلم في السب والشتم والإستهزاء.

    Salam sejahtera atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, maafkan aku wahai orang Mesir yang telah menuliskan identitinya, ucapanmu lemah dan tidak masuk akal.

    Demi Allah aku tidak tahu siapa di antara anggota majlis administrasi yang telah membuangmu sekali, meskipun sememangnya pada anggota itu ada hak (wewenang) untuk membuangmu, namun Al-Mahdi Al-Muntazhar tidak menyuruh sesiapa untuk membuangmu.

    Ini kerana engkau telah berjanji bahawa kelak engkau akan berhujjah dengan ilmu pengetahuan dan dalil bukti yang terang, sungguhpun sebenarnya yang demikian tidak nampak padaku selain buah tembikai, iaitu puncak ilmu pengetahuanmu dalam mengutuk, memaki hamun dan mempermain-mainkan.



    ويا أخي الكريم احترم النّاس يحترمونك وإن كنت شديداً على أيٍ منهم فكن شديداً بالحقّ بمنطق العلم والسلطان المبين من محكم كتاب الرحمن، وعلى كلّ حال إذا شئت أن تسجل مرة أخرى وحتى ولو بنفس المعرف فسوف أقوم بنفسي بتفعيل عضويتك لننظر هل حقاً لديك الحجة؟ ولو أن يقيني في أن تكون عالماً بنسبة صفر في المائة! ولكن معذرة إلى ربّي وربّك ولعلك تتقي الله فتتبع التذكرة فلا تكن من الكفرة الفجرة أو من الذين هم عن التذكرة معرضون:
    { كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُّسْتَنفِرَةٌ ﴿50﴾ فَرَّتْ مِن قَسْوَرَةٍ ﴿51﴾ } [المدثر]

    Wahai saudaraku yang budiman, hormatilah manusia maka mereka akan menghormatimu, sekiranya engkau bersikap tegas dan bersikeras terhadap sesiapa dari mereka, maka jadilah engkau orang yang tegas dan bersikeras dengan hak, dengan alasan yang benar disertai logika ilmu pengetahuan dan dengan dalil bukti yang nyata dari muhkam Kitab Ar-Rahman (Al-Qur'an).

    Walau bagaimanapun, jika engkau mahu mendaftar sekali lagi meskipun dengan identiti yang sama, maka kelak aku sendiri yang akan mengaktifkan keahlianmu, supaya kita lihat apakah engkau benar-benar memiliki hujjah
    ?

    Sungguhpun aku yakin engkau menjadi orang yang berilmu pengetahuan dengan nisbah 0%! Akan tetapi, supaya aku punya alasan kepada Tuhanku dan Tuhanmu, supaya mudah-mudahan engkau bertakwa kepada Allah dan mengikuti peringatan ini.

    Maka janganlah engkau menjadi termasuk kalangan orang-orang yang kafir lagi durhaka, atau dari kalangan orang-orang yang berpaling mengabaikan peringatan ini:

    seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, (50) lari daripada singa. (51)
    [Al-Muddatstsir]


    وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..
    أخوك الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudaramu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://albushra-islamia.net./showthread.php?t=1681

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 23-09-2017, 10:24 AM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 27-04-2017, 09:31 PM
  3. Akidah kalian mengenai azab kubur bukan merupakan ajaran dalam Kitabullah Al-Qur'an
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 19-05-2015, 06:14 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 02-04-2014, 05:35 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •