المصدر
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
26 - 07 - 1430 هـ
19 - 07 - 2009 مـ
03:04 صباحاً
ــــــــــــــــــــ
اتّبعتم أعظم زورٍ وبهتانٍ على ربّ العالمين أنّه يؤيّد بمعجزاته المسيح الدجال..
Kalian Telah Mengikuti Sebesar-besar Kebohongan dan Tuduhan Dusta Terhadap Tuhan Semesta Alam, Yang Menyatakan Bahawa Allah Menyokong (mendukung) Al-Masih Ad-Dajjal Dengan Mu’jizat-mu’jizat-Nya..
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين, والحمدُ لله ربّ العالمين..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam..
أخي الكريم بارك الله فيك, فهل تريد أن نبدأ معك من الصفر؟ أفلا تتدبر وتتفكر في البيانات أو تضع كلمة بحثك فتأتيك بيانات سبق فيها شرح كيفية معرفة المهدي المنتظر الحقّ من ربكم؟
Saudaraku yang mulia semoga Allah memberkahimu, apakah engkau ingin kami mulai denganmu dari awal? Mengapakah engkau tidak mentadabburi dan mentafakkuri keterangan-keterangan, atau meletakkan perkataan carianmu (diruang yang disediakan) agar engkau mendapatkan dari hasil pencarian kata itu keterangan-keterangan yang padanya telah ada penjelasan bagaimana mengetahui Al-Mahdi Al-Muntazhar yang Haq dari Tuhanmu
?
ويا أخي الكريم، إن ناصر محمد اليماني يقول أنه المهدي المنتظر وأن الذي أفتاه بذلك هو محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلم - في الرؤيا الحقّ وأخبرني أن الله سيؤتيني علم الكتاب.
Wahai saudaraku yang mulia, sesungguhnya Nasser Mohammed Al-Yamani mengatakan bahawa dirinya adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, dan mengatakan bahawa yang menfatwakan demikian padanya adalah Muhammad Rasulullah SAW di dalam visi mimpi yang haq, yang memberitahukan padaku bahawa Allah SWT akan menganugerahkan padaku Ilmu Al-Kitab.
إذاً أخي الكريم فإن لكُل دعوى برهان، فإذا كنت حقاً لم أفترِ على الله ورسوله فحقٌّ على الله أن يؤيّدني بعلم الكتاب القرآن العظيم فأعلّمكم بما لم تكونوا تعلمون وأبيّن لكم كافة أسرار الكتاب التي خَفِيت عليكم ولم يُحط بها علماً عُلماءُ المسلمين ولا النّصارى و لا اليهود, وأعلمكم ما لم تكونوا تعلمون, وأبيّن لكم حقائق لآيات الله في الكتاب تجدونها الحقّ على الواقع الحقيقي لو بحثتم عن تصديقها على الواقع الحقيقي مثال:
Jika demikian wahai saudaraku yang mulia, bahawa setiap pengakuan perlu ada bukti, jadi sekiranya benar aku tidak mengada-adakan kebohongan terhadap Allah dan Rasul-Nya, maka tentulah menjadi haq Allah untuk memperkuatku dengan ilmu pengetahuan Al-Kitab, yaitu ilmu Al-Qur’an yang agung ini untuk aku ajarkan kepada kalian mengenai perkara yang kalian tidak mengetahuinya.
Kemudian aku menjelaskan untuk kalian seluruh rahasia Al-Qur’an yang tersembunyi dari kalian, yang tidak kalian ketahui sebelumnya dan tidak ada alim-ulama kaum Muslimin, kaum Nasrani, dan kaum Yahudi yang mengetahuinya dengan sempurna.
Maka aku ajarkan kepada kalian mengenai perkara yang kalian tidak mengetahuinya, dan aku terangkan kepada kalian tentang hakikat-hakikat bagi ayat-ayat Allah di dalam kitab suci Al-Qur’an, yang kalian akan mendapatinya sebagai kebenaran dalam fakta yang sebenarnya sekiranya kalian mencari pembenaran terhadapnya dalam fakta yang sebenarnya, misalnya (keterangan mengenai):
1 - حقيقة أصحاب الكهف والرقيم وقصتهم وأسمائهم ولبثتهم ومكانهم بالضبط .
1-
Hakikat Ashabul Kahfi dan Ar-Roqim beserta kisah mereka, nama-nama mereka, berapa lama mereka tinggal dan tempat mereka dengan tepat..
2 - حقيقة المسيح الكذاب وما اسمه ومن هو وأين هو وأين مكانه بالضبط وماهي فتنته ومن هم جيوشه.
2-
Hakikat Al-Masih Al-Kadzdzaab dan namanya, siapa dia, di mana tempatnya dengan tepat beserta fitnahnya dan siapa tentera-tenteranya..
3 - حقيقة يأجوج ومأجوج ومن هم وأين هم بالضبط وما شأنهم وما قصتهم وكيف سيكون خروجهم ولماذا.
3-
Hakikat Yakjuj dan Makjuj, siapa mereka dan di mana mereka dengan tepat, apa urusan mereka dan bagaimana kisah mereka serta bagaimana mereka akan keluar dan mengapa..
4 - حقيقة سد ذي القرنين وأين هو وكيف يدّكه الله وبماذا يجعل السبب في تهدمه.
4-
Hakikat Tembok Penghalang Dzulqarnain, di mana ia berada dan bagaimana Allah SWT menghancurkannya dan dengan penyebab apa ia akan hancur..
5 - حقيقة الأرض ذات المشرقين من جهتين مُتقابلتين وأين هي وما شأنها ومن فيها ولماذا أوجدها الله ومن كان فيها خليفة له ومَن الآن تمَّلك عليها بغير الحق.
5-
Hakikat bumi yang memiliki dua tempat terbit matahari dari dua arah yang berlawanan, di mana ia berada, bagaimana keadaannya, siapa yang ada di dalamnya, mengapa Allah menjadikannya, siapa yang pernah berada di sana sebagai Khalifah-Nya, dan siapa sekarang ini yang memiliki tempat itu tanpa alasan yang benar..
6 - حقيقة الأراضين السبع وأين هن وما أسفلهن.
6-
Hakikat 7 bumi, di mana semuanya itu berada dan apa yang paling bawah darinya..
7 - حقيقة النار اللواحة للبشر وكيف يسبق الليل النهار.
7-
Hakikat api neraka yang membakar kulit manusia dan bagaimana malam mendahului siang..
8 - حقيقة الآية من قبل أن يسبق الليل النهار وهي أن تدرك الشَّمس القمر، ولذلك لا ينبغي أن يكون غرة رمضان لعام 1430 إلا بيوم الجمعة المباركة ليلة بلوغ المهدي المنتظر أربعين عاماً برغم أنه يستحيل أن تكون غرة رمضان لعام 1430 بيوم الجمعة لدى كافة عُلماء الفلك لأنهم لا يعلمون أن الشَّمس أدركت القمر فاجتمعت به وقد هو هلال في الكسوف الشمسي في أول شعبان والذي لن يكون مُشاهَداً في الجزيرة العربية وتشهده دول أخرى بالشرق كمثل الصين والهند وما جاورهم.
8-
Hakikat dari pertanda sebelum terjadinya malam mendahului siang, yaitu tanda matahari mencapai bulan
تدرك الشمس القمر
Sebab itulah tidak sepatutnya terjadi permulaan Ramadhan pada tahun 1430 H melainkan pada hari Jumaat yang berkah, pada malam Imam Mahdi genap mencapai umur 40 tahun, meskipun mustahil terjadinya permulaan Ramadhan bagi tahun 1430 H jatuh pada hari Jumaat di kalangan ulama falak.
Ini kerana mereka tidak mengetahui bahawa matahari telah mencapai bulan dan berkumpul dengannya menyebabkan munculnya Hilal bulan sabit ketika gerhana matahari pada permulaan bulan Sya’ban, yang tidak dapat disaksikan di Jazirah Arab namun dapat dilihat dari negara lain di timur seperti China, India dan yang berdekatan dengannya..
ويا أخي الكريم إن شأن المهدي المنتظر عظيم ولكنكم تجهلون قدره ولا تحيطون بسره, وقد جعله الله خليفته بالحقّ على كافة الأمم من جنود الله من البعوضة وما فوقها فيحشر الله للمهدي المنتظر جنوده، لأن المسيح الدجال يحشر جنوده منذ أمدٍ بعيد وهو يعدهم على مُختلف الأجناس, ولذلك يحشر الله لعبده جنوده من البعوضة فما فوقها من كافة الأمم ذلك خليفة الله المهدي الذي يهدي به الله كثيراً ويضل به كثيراً ولن يضل به إلا شياطين الجنّ والإنس من كلّ جنس، ذلك شأن المهدي المنتظر الذي أنتم فيه مختلفون وتجدون سره في قول الله تعالى: { إِنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَحْيِي أَن يَضْرِبَ مَثَلاً مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُواْ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الحقّ مِن ربّهم وَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُواْ فَيَقُولُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلاً يُضِلُّ بِهِ كَثِيراً وَيَهْدِي بِهِ كَثِيراً وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلاَّ الْفَاسِقِينَ (26) الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ أُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ (27)} صدق الله العظيم [البقرة]
Wahai saudaraku yang mulia, sesungguhnya perkara Al-Mahdi Al-Muntazhar ini adalah perkara yang besar namun kalian tidak mengetahui kadar kemampuannya dan ilmu pengetahuan kalian tidak dapat meliputi perkara urusan Al-Mahdi ini.
Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan Imam Mahdi sebagai Khalifah-Nya dengan kebenaran ke atas seluruh umat, termasuk kalangan tentera-tentera Allah dari nyamuk dan yang lebih rendah dari itu, dan Allah SWT akan menghimpunkan bagi Imam Mahdi tentera-tentera-Nya kerana Al-Masih Ad-Dajjal mengumpulkan tentera-tenteranya sejak dahulu kala dan mempersiapkan mereka yang terdiri dari pelbagai jenis makhluk.
Sebab itulah Allah SWT akan menghimpunkan seluruh tentera-tentera-Nya untuk hamba-Nya Al-Mahdi, yang terdiri dari nyamuk dan yang lebih rendah dari itu dikalangan umat seluruhnya.
Demikianlah Khalifah Allah Al-Mahdi, yang dengannya ramai orang yang mendapat petunjuk dan ramai pula yang sesat. Tiadalah yang akan disesatkan oleh Allah dengan Al-Mahdi melainkan syaitan-syaitan jinn dan manusia dari setiap jenis.
Demikian itulah perkara urusan Al-Mahdi Al-Muntazhar, yang pada urusannya kalian semua saling berselisihan, padahal kalian menemukan rahasianya pada firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, maka mereka yakin bahwa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka, tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?". Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaan itu (pula) banyak orang yang diberi-Nya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik, (26)
(yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerusakan di muka bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi. (27)
Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)
ولربما يود أخي الكريم أن يُقاطعني فيقول: " ما دام هذه الخلافة سيؤتيك الله إياها, فلماذا لا يؤتيك الله إياها الآن وسوف يصدقك حتماً جميع المسلمين والنّاس أجمعين؟" ومن ثم أرد عليه وأقول: نعم سوف يصدقني النّاس ولكن المسلمين سوف يكونون أول من يكفر بالحقّ من ربّهم لو يحشر الله لعبده جنوده من كافة الأمم من البعوضة فما فوقها كلّ شيء قبلاً وهم ينظرون لقالوا إنما أنت المسيح الدجال الذي يؤتيه الله ملكوت كلّ شيء. وقال الله تعالى: { وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كلّ شَيْءٍ قُبُلًا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ } صدق الله العظيم [الأنعام:111]
Barangkali saudaraku yang mulia mahu menyelaku dengan berkata:
“Selagimana kekhalifahan ini pasti kelak Allah SWT akan memberikannya padamu, lalu mengapakah Allah SWT tidak memberimu kekhalifahan itu sekarang juga, kerana tentulah kelak seluruh kaum muslimin dan manusia seluruhnya akan membenarkanmu
?”
Oleh itu aku membalasnya dan aku katakan:
Ya, kelak manusia akan membenarkanku namun kaum muslimin akan menjadi kelompok pertama yang mengingkari kebenaran dari Tuhan mereka sekiranya Allah SWT mengumpulkan tentera-tentera-Nya untuk hamba-Nya Al-Mahdi, yang terdiri dari seluruh umat termasuk nyamuk dan yang lebih rendah dari itu semuanya berdatangan untuk kumpul sedang mereka melihatnya, nescaya mereka berkata engkau ini (Al-Mahdi) adalah Al-Masih Ad-Dajjal, yang Allah anugerahkan padanya penguasaan terhadap segala sesuatu.
Allah SWT berfirman:
Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) segala sesuatu ke hadapan mereka, niscaya mereka tidak (juga) akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui Maha Benar Allah
(Al-An’aam)
وذلك لأنكم لا تعلمون المسيح الدجال ولا أين المسيح الدجال ولا فتنة المسيح الدجال وترون الحقّ باطلاً والباطل حقّاً وأضلت علماءَكم الرواياتُ الباطلة التي تخالف محكم القرآن العظيم وجعلتم المسيح الكذاب يُحيي الموتى وجعلتم المسيح الكذاب يُمطر بالسماء ويأمر الأرض فتخرج نبتها واتبعتم أعظمَ زور وبهتان على ربّ العالمين أنه يؤيد بمعجزاته المسيحَ الدجال برغم أن الله لا يؤيد بآياته إلا رُسلَه وأولياءَه.
Demikian ini kerana kalian tidak mengetahui Al-Masih Ad-Dajjal, dan tidak mengetahui di mana Al-Masih Ad-Dajjal itu dan kalian juga tidak mengetahui fitnahnya, kerana kalian melihat kebenaran ini sebagai sebuah kebatilan dan melihat kebatilan sebagai sebuah kebenaran.
Alim-ulama kalian telah disesatkan oleh riwayat-riwayat batil yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an, lalu kalian menjadikan Dajjal dapat menghidupkan orang mati dan dapat menurunkan hujan.
Kalian juga menjadikan Dajjal itu dapat memerintahkan bumi lalu ia menumbuhkan tanamannya padahal kalian telah mengikuti sebesar-besar pembohongan dan pendustaaan terhadap Tuhan Seru Sekalian Alam, bahawa Allah mendukung Dajjal dengan mu’jizat-mu’jizat-Nya, meskipun Allah SWT sebenarnya tidak memperkuat dengan tanda-tanda dari-Nya kepada sesiapa selain para Rasul-Nya dan para Aulia-Nya.
وأما إحياء الموتى فلا يستطيع الباطل أن يفعل ذلك وهو يدعو إلى الباطل وتحدّى الله أن يبعث الباطلُ ميتاً واحداً, فإن فعل فقد صدق بدعوته للباطل, وكذلك جعلتم المسيح الدجال ينزل المطر فينبت الشجر! وهي آيات لله ولا يفعلها سواه ولا يؤيّد بها من يدعو إلى غير الله, فبئس العُلماء عُلماؤكم وبئس المسلمين أنتم، اتخذتم هذا القرآن مهجوراً فاتبعتم كلّ ما خالف لمحكمه من آيات أم الكتاب فتقولون: إن فتن المسيح الدجال ينزل المطر وينبت الشجر ويحيي ميتاً بعد أن شطره إلى نصفين! ونسيتم أن هذه آيات الله, فكيف يؤيد بها من يدعو إلى سواه ؟ وقال الله تعالى: { أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ (63) أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ (64) لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ (65) إِنَّا لَمُغْرَمُونَ (66) بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ (67) أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ (68) أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ (69) لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ (70) أَفَرَأَيْتُمُ النَّارَ الَّتِي تُورُونَ (71) أَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَا أَمْ نَحْنُ الْمُنشِؤُونَ (72) نَحْنُ جَعَلْنَاهَا تَذْكِرَةً وَمَتَاعًا لِّلْمُقْوِينَ (73) فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ (74) فَلَا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ (75) وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ (76) إِنَّهُ لَقرآن كَرِيمٌ (77) فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ (78) لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ (79) تَنزِيلٌ مِّن ربّ العالمين (80) أَفَبِهَذَا الْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ (81) وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ (82) فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (83) وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ (84) وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَكِن لَّا تُبْصِرُونَ (85) فَلَوْلَا إِن كنتم غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِن كنتم صَادِقِينَ (87) فَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88) فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّةُ نَعِيمٍ (89) وَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (90) فَسَلَامٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (91) وَأَمَّا إِن كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ (92) فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ (93) وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ (94) إِنَّ هَذَا لَهُوَ حقّ الْيَقِينِ (95) فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ (96)} صدق الله العلي العظيم [الواقعة]
Adapun menghidupkan orang yang telah mati, maka kebatilan tidak mampu berbuat demikian dan Dajjal itu menyeru kebatilan, sedangkan Allah SWT menantang kebatilan agar membangkitkan satu sahaja mayat menjadi hidup kembali, jadi sekiranya kebatilan dapat berbuat demikian maka dia benar dengan seruannya untuk kebatilan.
Begitu juga kalian telah menjadikan Dajjal itu berkemampuan untuk menurunkan hujan dan mampu memerintah bumi menumbuhkan tanaman, padahal itu semua adalah tanda-tanda kekuasaan milik Allah SWT, tiada yang berbuat demikian selain Allah SWT, dan Dia tidak memperkuat sesiapa yang menyeru kepada selain-Nya dengan tanda-tanda kekuasaan-Nya itu.
Maka seburuk-buruk ulama adalah ulama kalian dan sejelek-jelek kaum yang berserah diri adalah kalian, yang telah menjadikan Al-Qur’an itu sesuatu yang tidak dipedulikankan, dengan mengikuti semua yang bertentangan dengan Muhkamnya dari ayat-ayat induk Ummul Kitab, menyebabkan kalian mengatakan bahawa fitnah Dajjal itu adalah dia dapat menurunkan hujan dan memerintah bumi menumbuhkan tanaman-tanaman, dan Dajjal juga dapat menghidupkan semula orang mati setelah memotongnya menjadi dua bahagian.
Kalian telah melupakan bahawa ini semua adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT. Lalu, bagaimana pula Allah memperkuat orang yang menyeru selain Dia dengan tanda-tanda kekuasaan-Nya itu
?
Padahal Allah SWT berfirman:
Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam. (63)
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kamikah yang menumbuhkannya? (64)
Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia hancur dan kering, maka jadilah kamu heran dan tercengang. (65)
(Sambil berkata): "Sesungguhnya kami benar-benar menderita kerugian", (66)
Bahkan kami menjadi orang-orang yang tidak mendapat hasil apa-apa. (67)
Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. (68)
Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya? (69)
Kalau Kami kehendaki, niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur? (70)
Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dengan menggosok-gosokkan kayu). (71)
Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya? (72)
Kami jadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir. (73)
Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang Maha Besar. (74)
Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Quran. (75)
Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui. (76)
Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia, (77)
pada kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh), (78)
tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan. (79)
Diturunkan dari Rabbil 'alamiin. (80)
Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini? (81)
Kamu mengganti rezeki (yang Allah berikan) dengan mendustakan Allah. (82)
Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, (83)
Padahal kamu ketika itu melihat, (84)
dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat, (85)
Maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah)? (86)
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar? (87)
Adapun jika dia (orang yang mati) termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), (88)
Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta jannah kenikmatan. (89)
Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan, (90)
Maka keselamatanlah bagimu karena kamu dari golongan kanan. (91)
Dan adapun jika dia termasuk golongan yang mendustakan lagi sesat, (92)
maka dia mendapat hidangan air yang mendidih, (93)
dan dibakar di dalam jahannam. (94)
Sesungguhnya (yang disebutkan ini) adalah suatu keyakinan yang benar. (95)
Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Rabbmu yang Maha Besar. (96) Maha Benar Allah
(Al-Waaqi’ah)
فتدبر قول الله المُحكم بالتحدي الواضح للباطل أن يحيي ميتاً بلغت روحه الحلقوم فيقول إن استطاع الباطل وأولياؤه أن يعيدوا إلى الميت روحه فقد صدقوا بدعوتهم للباطل من دون الله إن فعلوا. وقال الله تعالى: {فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (83) وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ (84) وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَكِن لَّا تُبْصِرُونَ (85) فَلَوْلَا إِن كنتم غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِن كنتم صَادِقِينَ (87)} صدق الله العظيم
Maka bertadabbur kalian, renungkanlah firman Allah yang muhkam dengan tantangan nyata terhadap kebatilan, agar menghidupkan orang yang telah mati yang nyawanya telah mencapai kerongkongan, dengan berfirman sekiranya kebatilan dan penolong-penolongnya itu mampu untuk mengembalikan nyawa kepada si mayit, maka mereka benar dengan seruan mereka kepada kebatilan selain menyeru kepada Allah jika mereka dapat melakukannya.
Allah SWT berfirman:
Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, (83)
Padahal kamu ketika itu melihat, (84)
dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu. Tetapi kamu tidak melihat, (85)
Maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh Allah)? (86)
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar? (87)
Maha Benar Allah
فتدبر قول الله تعالى بالتحدي الواضح: { تَرْجِعُونَهَا إِن كنتم صَادِقِينَ } صدق الله العظيم
Renungkan firman Allah SWT dengan tantangan yang jelas:
Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar? (87)
Maha Benar Allah
فكيف تجعلون المسيح الكذاب صادقاً, فيعيد روح ميت شطره إلى نصفين ثم مرّ بين الفلقتين كما تزعمون ثم نفخ فيه فأعاد إليه الروح, فكسر التحدي المُحكم في القرآن العظيم؟ سُبحان الله العظيم! وصدق الله وكذب المُفترون المنافقون من اليهود والذين اتبعوهم من عُلماء المسلمين الذين اتخذوا هذا القرآن مهجوراً فضلوا وأضلوا أمّة الإسلام بأسرها,
Lalu bagaimana kalian dapat menjadikan Dajjal Si Pendusta itu sebagai orang yang benar, dengan mengembalikan nyawa si mayit yang telah dipotongnya menjadi dua bahagian, kemudian dia melewati ke dua bahagian itu seperti sangkaan kalian lalu meniupkan pada mayit itu dan mengembalikan nyawanya, menghancurkan tantangan yang muhkam dalam Al-Qur’an yang agung
?
Maha Suci Allah yang Maha Agung, Maha Benar Allah dan telah berdusta orang-orang yang mereka-reka kebohongan lagi munafik dari kalangan Yahudi, dan para pengikut mereka dari kalangan para alim-ulama kaum muslimin yang telah mengabaikan Al-Qur’an dengan menjadikannya sesuatu yang tidak dipedulikan, maka mereka telah tersesat lagi menyesatkan umat Islam seluruhnya.
ولو لم تزالوا على الهُدى لما جاء قدر المهدي المنتظر ليهديكم إلى الصراط المستقيم, ولكنه للأسف لم يبقَ من الإسلام إلا اسمه كجنسية تنتمون إليها, ومن القرآن إلا رسمه بين أيديكم ومهما جادلتكم بمحكمه فسوف تعرضون عنه فتأتوني بكل ما خالف لمحكم القرآن العظيم من روايات الباطل المُفترى, ولن يتبع الحقّ إلا أولوا الألباب منكم حتى ترون آية العذاب الأليم, ومن ثم تظل أعناقكم للحقّ خاضعةً.
Sekiranya kalian tetap berada di atas petunjuk, nescaya tidak datang takdir Al-Mahdi Al-Muntazhar dengan kepentingan dan keteguhannya untuk menunjuki kalian menuju ke Jalan Yang Lurus.
Namun begitu malangnya, tidak tersisa dari Islam itu kecuali namanya, seperti kewarganegaraan dan kebangsaan kalian turun-temurun, dan tidak tersisa dari Al-Qur’an kecuali tulisannya yang ada pada kalian.
Walaupun aku mendebat kalian dengan muhkamnya, kelak kalian akan berpaling darinya dengan mendatangkan segala sesuatu yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung dari riwayat-riwayat batil yang merupakan rekaan.
Kebenaran itu tidak akan diikuti kecuali oleh Ulul Albab, yakni diikuti oleh orang-orang yang berakal di antara kalian, hinggalah kalian kelak melihat Tanda Azab Yang Pedih lalu senantiasalah leher-leher mereka tertunduk menghadapi kebenaran itu.
وسلامٌ على المرسلين, والحمدُ لله ربّ العالمين.. الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Al-Imam Al-Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani
Sumber:
https://albushra-islamia.net./showthread.php?t=1201