الموضوع: Janganlah engkau mengatakan “Wahai fulan, mohonkan ampunan dari Allah untukku!”, selama mana engkau tidak melakukan dosa dan kesalahan pada hak si fulan..

النتائج 1 إلى 2 من 2
  1. Post Janganlah engkau mengatakan “Wahai fulan, mohonkan ampunan dari Allah untukku!”, selama mana engkau tidak melakukan dosa dan kesalahan pada hak si fulan..


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    28 - 10 - 1431 هـ
    07 - 10 - 2010 مـ
    09:59 مساءً
    ـــــــــــــــــــ



    فلا تقل يا فلان استغفر لي الله! ما لم تكن ارتكبت إثماً في حقّه، فإذا لم تكن ارتكبت في حقّه إثماً فلا علاقة له بطلب العفو والغفران..

    Janganlah engkau mengatakan “Wahai fulan, mohonkan ampunan dari Allah untukku!”, selama mana engkau tidak melakukan dosa dan kesalahan pada hak si fulan tadi, kerana tiada hubungannya sama sekali bagi si fulan buat meminta maaf dan ampunan, selagi engkau tidak berbuat salah dan dosa pada haknya..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمُرسلين وآله الطيبين الطاهرين والتابعين للحقّ إلى يوم الدين..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan Rasul, ke atas keluarganya yang bersih (dengan bertaubat) dan suci (dari syirik), serta ke atas para pengikut kebenaran hinggalah Hari Pengadilan..


    إخواني الأنصار، قد اطّلعنا على حواركم فيما بينكم حول طلب الاستغفار من العبد ليغفر ويطلب لأخيه الغفران من الربّ، وإنما ذلك في حالة أنْ يأثم العبدُ في حقّ العبد ومن ثم يأتي العبدُ إلى أخيه العبدَ ليطلب منه العفو والغفران لكونه آثم في حقّه، ثم يتنازل العبد عن حقّه ويطلب له من ربهما الغفران، ومن ثم يقول العبد: "اللهم إني قد عفوت عن أخي لوجهك الكريم وأنت أكرم من عبدك فاغفر له ما فعله بي وأنت أرحم الراحمين" ، ثم يغفر الله له، تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ} صدق الله العظيم [التغابن:14].

    Saudara-saudaraku para anshar, sesungguhnya kami telah membaca perbualan di antara kalian seputar memohon istighfar -minta untuk memohonkan ampunan- dari seorang hamba Allah supaya diampuni, dengan meminta saudaranya memohonkan ampunan untuknya dari Tuhan.

    Sesungguhnya demikian ini hanyalah pada situasi bilamana seorang hamba Allah telah berbuat salah dan berdosa pada hak hamba Allah yang lain, lalu hamba Allah (yang bersalah) tadi datang pada saudaranya untuk memohon maaf dan ampun darinya kerana dia telah berdosa pada hak orang itu, kemudian memintanya agar melepaskan haknya dan memohon dari Tuhannya agar mengampuninya, dan setelah itu hamba Allah saudaranya itu berdoa:

    “Ya Allah, sesungguhnya aku telah memaafkan saudaraku semata-mata mengharap keredhaan-Mu Yang Maha Mulia, sedang Engkau-lah Yang Paling Mulia dari hamba-Mu ini, maka ampunilah dia dan segala yang telah dia perbuat terhadapku kerana Engkau-lah Yang Paling Pengasih dari sekalian yang mengasihi”, baru kemudian Allah mengampuni saudaranya, benarlah firman Allah Ta'ala:

    dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14)
    Maha Benar Allah
    [At-Taghobun]


    كمثل أولاد يوسف إذ ارتكبوا إثماً وأذًى في حقّ أبيهم الذي أمنّهم على أخيهم يوسف، ومن ثم ألقوا به في غياهب الجبِّ وآذوا أباهم أذًى عظيماً، وبعد أن حصحص الحقّ وأقرّوا بذنبهم ومن ثم
    {قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ‌ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ ﴿٩٧﴾ قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ‌ لَكُمْ رَ‌بِّي إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ‌ الرَّ‌حِيمُ ﴿٩٨﴾} صدق الله العظيم [يوسف].

    Misalnya seperti saudara-saudara Yusuf AS, ketika mereka melakukan dosa pada hak ayah mereka dan menyakiti Yusuf, padahal ayah mereka telah mempercayakan Yusuf kepada mereka, lantas mereka membuang Yusuf ke dalam sumur dan mereka telah menyakiti ayah mereka sehingga dia menanggung kesedihan yang mendalam. Setelah jelas peristiwa sebenarnya yang telah berlaku dan mereka juga telah mengakui dosa mereka, lantaran itu

    Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".(97) Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (98)
    Maha Benar Allah
    [Yusuf]


    وإنما يريدون أن يستغفر لهم ما فعلوه به لكونهم ارتكبوا في حقّه إثماً عظيماً حتى ابيضَّت عيناه من الحُزن، ولذلك قالوا:
    {قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ‌ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ ﴿٩٧﴾ قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ‌ لَكُمْ رَ‌بِّي إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ‌ الرَّ‌حِيمُ ﴿٩٨﴾} صدق الله العظيم [يوسف].

    Sesungguhnya mereka hanya menginginkan agar ayah mereka memohonkan ampunan untuk mereka atas perbuatan mereka terhadap ayah mereka, kerana mereka telah berbuat dosa besar pada hak ayah mereka, sampaikan keduamata ayah mereka menjadi putih kerana kesedihan, sebab itu mereka berkata:

    Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".(97) Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (98) Maha Benar Allah
    [Yusuf]


    وكذلك استغفار رسول الله يوسف لإخوته إذ أثمِوا في حقّه وحقِّ أخيه، وقال الله تعالى:
    {قَالَ هَلْ عَلِمْتُم مَّا فَعَلْتُم بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنتُمْ جَاهِلُونَ ﴿٨٩﴾ قَالُوا أَإِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُ قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَـٰذَا أَخِي قَدْ مَنَّ اللَّـهُ عَلَيْنَا إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيَصْبِرْ‌ فَإِنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ‌ الْمُحْسِنِينَ ﴿٩٠﴾ قَالُوا تَاللَّـهِ لَقَدْ آثَرَ‌كَ اللَّـهُ عَلَيْنَا وَإِن كُنَّا لَخَاطِئِينَ ﴿٩١﴾ قَالَ لَا تَثْرِ‌يبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ يَغْفِرُ‌ اللَّـهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْ‌حَمُ الرَّ‌احِمِينَ ﴿٩٢﴾} صدق الله العظيم [يوسف].

    Demikian juga permohonan ampun oleh Rasulullah Yusuf untuk saudara-saudaranya, Allah Ta'ala berfirman: Yusuf berkata: "Apakah kalian mengetahui [kejelekan] apa yang telah kalian lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya ketika kalian tidak mengetahui [akibat] perbuatanmu itu?". (89) Mereka berkata:"Apakah engkau ini benar-benar Yusuf?" Yusuf menjawab: "Akulah Yusuf dan ini saudaraku. Sesungguhnya Allah telah melimpahkan karunia-Nya kepada kami". Sesungguhnya barangsiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik".(90) Mereka berkata: "Demi Allah, sesungguhnya Allah telah melebihkanmu atas kami, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah [berdosa]". (91) Dia [Yusuf] berkata: "Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kalian, mudah-mudahan Allah mengampuni kalian, dan Dia adalah Yang Paling Penyayang dari semua yang menyayangi."(92)
    Maha Benar Allah

    [Yusuf]


    وكذلك الذين يؤذون النبي ويقولون: هو أُذنٌ؛ بمعنى إنهم سوف يحلفون له أنهم ما قالوا فيه ولا في الرسالة التي جاء بها إلا خيراً فيصدقهم، وقال الله تعالى:
    {وَمِنْهُمُ الَّذِينَ يُؤْذُونَ النَّبِيَّ وَيَقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَكُمْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ} صدق الله العظيم [التوبة:61].

    Begitu juga orang-orang yang menyakiti Nabi dan mereka mengatakan: Nabi percaya begitu sahaja semua yang didengarnya; bermakna mereka kelak akan bersumpah pada Nabi bahawa mereka tidak mengatakan mengenai Nabi dan tidak pula mengenai risalah yang Nabi bawa kecuali kebaikan supaya Nabi percaya kepada mereka, Allah Ta'ala berfirman:
    Di antara mereka [orang-orang munafik] ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya". Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mu’min Maha Benar Allah
    [At-Taubah]


    وقال الله تعالى:
    {يَحْلِفُونَ بِاللّهِ مَا قَالُواْ وَلَقَدْ قَالُواْ كَلِمَةَ الْكُفْرِ وَكَفَرُواْ بَعْدَ إِسْلاَمِهِمْ وَهَمُّواْ بِمَا لَمْ يَنَالُواْ وَمَا نَقَمُواْ إِلاَّ أَنْ أَغْنَاهُمُ اللّهُ وَرَسُولُهُ مِن فَضْلِهِ فَإِن يَتُوبُواْ يَكُ خَيْرًا لَّهُمْ وَإِن يَتَوَلَّوْا يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ عَذَابًا أَلِيمًا فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمَا لَهُمْ فِي الأَرْضِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ} صدق الله العظيم [التوبة:74]، ولن يغفر الله لهم حتى ولو استغفر لهم رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- ما لم يستغفروا الله من خالص قلوبهم فيتوبوا إلى الله متاباً، وقال الله تعالى: {اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لاَ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِن تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً فَلَن يَغْفِرَ اللّهُ لَهُمْ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَفَرُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ} صدق الله العظيم [التوبة:80].

    Firman Allah Ta'ala:
    Mereka [orang-orang munafik itu] bersumpah dengan [nama] Allah, bahwa mereka tidak mengatakan [sesuatu yang menyakitimu]. Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam, dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya; dan mereka tidak mencela [Allah dan Rasul-Nya], kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak [pula] penolong di muka bumi. (74) MahaBenar Allah
    [At-Taubah]

    Allah sama sekali tidak akan mengampuni mereka, meskipun sekiranya Rasulullah SAW memohonkan ampunan untuk mereka, selagimana mereka sendiri tidak meminta ampunan Allah dari ketulusan hati mereka, dengan kembali bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, firman Allah Ta'ala:

    (Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik. (80)
    Maha Benar Allah
    [At-Taubah]


    ولكنهم لو ندموا على ما اقترفوا في حقّ الله ورسوله لكونهم يؤذون الله ورسوله؛ فلو جاءوا إلى محمد رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- فاعترفوا بذنبهم وطلبوا منه أن يستغفر لهم ما قالوه فيه ظُلماً وزوراً، فسيستغفر لهم الرسول -صلى الله عليه وآله وسلم- ما فعلوا به من الأذى، وقال الله تعالى:
    {وَمَا أَرْ‌سَلْنَا مِن رَّ‌سُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُ‌وا اللَّـهَ وَاسْتَغْفَرَ‌ لَهُمُ الرَّ‌سُولُ لَوَجَدُوا اللَّـهَ تَوَّابًا رَّ‌حِيمًا ﴿٦٤﴾} صدق الله العظيم [النساء].

    Akan tetapi mereka itu, jika mereka sungguh menyesali atas perlakuan mereka pada hak Allah dan Rasul-Nya, kerana mereka telah menyakiti Allah dan Rasul-Nya; maka sekiranya mereka datang kepada Muhammad Rasulullah SAW dan mengakui dosa mereka lalu meminta Rasulullah agar memohon ampun untuk mereka dari apa-apa yang telah mereka katakan terhadap Rasulullah dengan aniaya lagi penuh kedustaan, tentu Rasul SAW akan memohonkan ampunan untuk mereka atas perbuatan mereka menyakiti Rasul, Allah Ta'ala berfirman:

    Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.(64)
    Maha Benar Allah
    [An-Nisa]


    بل يستغفرون الله وإنما يستغفر لهم الرسول في حقّه، ولذلك قال الله تعالى:
    {فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا} صدق الله العظيم [النساء:64]؛ أي فاستغفر لهم الرسول في حقّه وذلك حين يُقترف الإثم في حقّ العبد فيُطلب منه أن يستغفر الله لهم فيما فعلوه به وذلك حتى يغفر الله لهم الإثم في حقّ عبده. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ} صدق الله العظيم [التغابن:14].

    Bahkan hendaklah mereka memohon ampun kepada Allah, hanya sahaja Rasulullah memohonkan ampunan bagi mereka pada hak Rasul, kerana itulah Allah Ta'ala berfirman: lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Maha Benar Allah [An-Nisa]; yakni, Rasulullah memohon ampunan untuk mereka pada haknya.

    Demikianlah tatkala dosa diperbuat pada hak seorang hamba Allah, maka darinya diminta agar dia memohon keampunan Allah untuk mereka pada kesalahan dosa yang mereka perbuat padanya, demikian itu agar Allah mengampuni bagi mereka atas kesalahan dosa pada hak hamba-Nya.

    Benarlah firman Allah Ta'ala:
    dan jika kamu mema’afkan dan tidak memarahi serta mengampuni [mereka] maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (14) Maha Benar Allah
    [At-Taghoobun]



    وأما حين لا يكون لأخيه العبد أي علاقة بما اقترفه فعندما يطلب من العبد أن يسأل له من الله الغفران فذلك إشراك بالله، فلم يأمركم الله أن تتخذوا بينه وبينكم وسيطاً أحبتي في الله، فاحذروا الإشراك بالله، وقال الله تعالى:
    {وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ} صدق الله العظيم [غافر:60]، ولم يقُل الأنبياء لأقوامهم أن يطلبوا منهم أن يستغفروا الله لهم بل قالوا: {وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنِّيَ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ (3)} [هود:3].

    Adapun ketika tiada hubungan samasekali bagi saudaranya -seorang hamba Allah- dengan kesalahan yang diperbuatnya, lalu dia meminta dari hamba Allah itu agar memohonkan ampunan dari Allah untuknya, maka yang demikian ini syirik -menyekutukan Allah-.

    Ini kerana Allah tidak memerintahkan kalian untuk menjadikan adanya perantara antara Dia dan kalian wahai kekasihku di jalan Allah, jadi berhati-hatilah kalian dari syirik kepada Allah, firman Allah Ta'ala:

    Dan Tuhan kalian berfirman: Berdoalah kalian kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kalian. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60)
    Maha Benar Allah
    [Ghaafir] .

    Para Nabi juga tidak memerintahkan kepada kaum mereka untuk meminta kepada para Nabi agar memohonkan ampunan Allah bagi mereka, bahkan para Nabi berkata:
    Dan hendaklah kalian meminta ampun kepada Tuhan kalian (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kalian rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Dia memberi kalian nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang sholeh) akan pahala kelebihannya itu, dan jika kalian berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kalian akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).(3)
    [Hud]



    {وَيَا قَوْمِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلاَ تَتَوَلَّوْاْ مُجْرِمِينَ (52)} [هود:52].

    Wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kalian, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kalian hujan lebat serta menambahkan kalian kekuatan di samping kekuatan kalian yang sedia ada, dan janganlah kalian membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (52)
    [Hud]


    {وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحاً قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُواْ اللّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَـهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنشَأَكُم مِّنَ الأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُّجِيبٌ (61)} [هود:61].

    Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kalian akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kalian (yang berhak disembah) selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kalian dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kalian memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah (dari perbuatan syirik), kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya. (61)
    [Hud]


    {وَاسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي رَحِيمٌ وَدُودٌ (90)} [هود:90].

    Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih. (90)
    [Hud]


    {فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً (10)} [نوح:10].

    maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, (10)
    [Nuh]


    {قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ (6)} [فصلت:6]
    صــــدق الله العظيـم.

    Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kalian; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kalian hanyalah Tuhan Yang Esa; maka hendaklah kalian tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya), serta pohonlah kepadaNya untuk mengampuni (dosa-dosa kalian yang telah lalu) dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), (6)
    [Fussilat]
    Maha Benar Allah



    وقال الله تعالى:
    {وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْراً وَأَعْظَمَ أَجْراً وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (20)} [المزمل].
    وقال الله تعالى:
    {فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاباً (3)} [النصر].
    وقال الله تعالى:
    {وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ} [الأنفال:33].
    صـــــدق الله العظيـم.

    Allah Ta'ala berfirman:
    dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kalian perbuat untuk diri kalian, niscaya kalian memperoleh [balasan]nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (20)
    [Al-Muzzammil]

    Firman Allah Ta'ala:
    maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (3)
    [An-Nasr]

    Firman Allah Ta'ala:
    Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (33)
    [Al-Anfaal]
    Maha Benar Allah


    فإذا اقترف العبد إثماً فلا يذهب لأحد العبيد ليطلب منه أن يسأل له من ربه الغفران فذلك شرك بالله؛ بل يستغفر ربه مُباشرةً من غير وسيط.
    وقال الله تعالى:
    {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُواْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ اللّهَ فَاسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللّهُ وَلَمْ يُصِرُّواْ عَلَى مَا فَعَلُواْ وَهُمْ يَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [آل عمران:135].

    Maka tatkala seorang hamba melakukan dosa, janganlah dia pergi kepada seorang pun di kalangan hamba-hamba Allah seperti dirinya buat meminta dari mereka supaya mereka memohonkan ampunan Tuhan untuknya kerana yang demikian ini adalah syirik kepada Allah; namun hendaklah dia langsung memohon ampunan dari Tuhannya tanpa ada perantara.

    Firman Allah Ta'ala:

    Dan [juga] orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (135)
    Maha Benar Allah
    [Aali 'Imran]


    ولم يبتعث الله الأنبياء والمُرسلين والمهدي المنتظر ليأمروا الناس أن يتوسلوا بهم إلى ربهم ليغفر لهم ذنوبهم سُبحانه وتعالى عمَّا يشركون؛ بل ليدعوا الناس إلى ربهم أن يستغفروا الله مُباشرةً ويتوبوا إليه فيعبدونه وحده لا شريك له. فأعرض أكثرهم عن دعوة الحقّ من ربّهم فأقيمت الحُجة عليهم فعذبهم الله عذاباً عظيماً، وقال الله تعالى:
    {أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ ۛ وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ لَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا اللَّـهُ جَاءَتْهُمْ رُ‌سُلُهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَرَ‌دُّوا أَيْدِيَهُمْ فِي أَفْوَاهِهِمْ وَقَالُوا إِنَّا كَفَرْ‌نَا بِمَا أُرْ‌سِلْتُم بِهِ وَإِنَّا لَفِي شَكٍّ مِّمَّا تَدْعُونَنَا إِلَيْهِ مُرِ‌يبٍ ﴿٩﴾ قَالَتْ رُ‌سُلُهُمْ أَفِي اللَّـهِ شَكٌّ فَاطِرِ‌ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ‌ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَ‌كُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى قَالُوا إِنْ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ‌ مِّثْلُنَا تُرِ‌يدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ ﴿١٠﴾ قَالَتْ لَهُمْ رُ‌سُلُهُمْ إِن نَّحْنُ إِلَّا بَشَرٌ‌ مِّثْلُكُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَمَا كَانَ لَنَا أَن نَّأْتِيَكُم بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١١﴾} صدق الله العظيم [إبراهيم].

    Allah tidak mengutus para Nabi, para Rasul dan Imam Mahdi untuk memerintah manusia supaya mereka bertawassul dengan para utusan itu kepada Tuhan agar Dia mengampuni bagi mereka akan dosa-dosa mereka, Maha Suci Dia lagi Maha Luhur dari apa-apa yang mereka sekutukan, bahkan para utusan itu diperintahkan supaya menyeru manusia menuju Tuhan mereka dengan memohon ampunan Allah secara langsung, kembali bertaubat kepada-Nya dengan beribadat hanya kepada-Nya Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya.

    Lalu kebanyakan manusia berpaling mengabaikan seruan kebenaran dari Tuhan mereka, sungguhpun telah aku tegakkan hujjah ke atas mereka, maka tentulah Allah mengazab mereka dengan azab yang besar, Allah Ta'ala berfirman:
    (Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: Sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (mengikut dakwaan kamu) kamu diutus membawanya dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya. (9) Rasul-rasul mereka bertanya: Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Dia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamudan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata. (10) Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (11)

    Maha Benar Allah
    [Ibrahim]


    وأمر الله رُسله أن يقولوا لعباده أنه قريب يجيب دعوتهم إذا دعوا ربهم مُخلصين لهُ الدين من غير شركٍ، وقال الله تعالى:
    {وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:186].

    Allah telah memerintahkan para Utusan-Nya untuk memberitakan kepada hamba-hamba-Nya bahawasanya Dia dekat, Dia memenuhi permintaan mereka apabila mereka berdoa dengan mengikhlaskan ibadah hanya untuk-Nya tanpa ada sebarang kesyirikan, firman Allah Ta'ala:

    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (186)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]


    ويا حبيبي في الله أبو بكر المغربي، ويا حبيبي في الله أبو محمد الكعبي، ويا أحبتي الأنصار جميعاً تذكروا قول الله تعالى:
    {وَلَقَدْ صَرَّ‌فْنَا فِي هَـٰذَا الْقُرْ‌آنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ‌ شَيْءٍ جَدَلًا ﴿٥٤﴾ وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُ‌وا رَ‌بَّهُمْ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا ﴿٥٥﴾} [الكهف].

    Wahai kekasihku di Jalan Allah Abu Bakar Al-Maghribi, wahai kekasihku di Jalan Allah Abu Muhammad Al-Kaabey, wahai kekasihku para Anshar semua, ingatlah kalian akan firman Allah Ta'ala:

    Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Qur’an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. (54) Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali [keinginan menanti] datangnya hukum [Allah yang telah berlaku pada] umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata. (55)
    Maha Benar Allah
    [Al-Kahfi]


    وقال الله تعالى:
    {ادْعُوا رَ‌بَّكُمْ تَضَرُّ‌عًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ﴿٥٥﴾ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْ‌ضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ قَرِ‌يبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ ﴿٥٦﴾} [الأعراف].

    Allah Ta'ala berfirman:
    Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (55) Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya dan berdo’alah kepada-Nya dengan rasa takut [tidak akan diterima] dan harapan [akan dikabulkan]. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (56)
    Maha Benar Allah
    [Al-A'raaf]


    وقال الله تعالى:
    {وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فإنّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدّاعِ إِذَا دَعَانِ} [البقرة:186]
    وقال الله تعالى:
    {قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلاَ دُعَاؤُكُمْ} [الفرقان:77].
    وقال الله تعالى:
    {وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ} [غافر:60].
    وقال الله تعالى:
    {فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ} [غافر:14].
    {{{{{{إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعاء}}}}}}[إبراهيم:39].

    Firman Allah Ta'ala:
    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku
    [Al-Baqarah: 186]

    Firman Allah Ta'ala:
    Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya
    [Al-Furqon:77]

    Firman Allah Ta'ala:
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu”
    [Ghafir:60]

    Firman Allah Ta'ala:
    Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik)
    [Ghafir:14]

    {{{{Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan permohonan doa}}}}.
    [Ibrahim:39]



    فلا تقُل: يا فلان استغفر لي الله؛ ما لم تكن ارتكبت إثماً في حقه، فإذا لم تكن قد ارتكبت في حقّه إثماً فلا علاقة له بطلب العفو والغفران، ولا يجوز طلب العفو منه والغفران. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا} صدق الله العظيم [الجن:18].

    Oleh itu, janganlah engkau mengatakan: “Wahai fulan, mohonkan ampunan dari Allah untukku!”, selama mana engkau tidak melakukan dosa dan kesalahan pada hak si fulan tadi, kerana tiada hubungannya sama sekali bagi si fulan buat meminta maaf dan ampunan, selagi engkau tidak berbuat salah dan dosa pada haknya, maka tidak boleh minta maaf dan ampun darinya. Benarlah firman Allah Ta'ala: maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
    Maha Benar Allah
    [Al-Jinn]


    وقال الذين يدعون ربهم مُخلصين له الدين حين وجدوا ثواب ربهم يوم لقائه، وقالوا:
    {إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ} صدق الله العظيم [الطور:28].

    Orang-orang yang menyeru Tuhan mereka dengan mengikhlaskan ibadah mereka kepada-Nya mengatakan ketika mereka telah mendapatkan balasan pahala dari Tuhan mereka pada hari pertemuan dengan-Nya, mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani". (28)
    Maha Benar Allah
    [At-Thuur]


    ويا أحبتي في الله، مَنْ الذي هو أرحم بكم من الله؟ فهل تعلمون ما سبب إشراك كثيرٍ من المؤمنين؟ هو عدم فهم آيات الله في طلب الاستغفار. ولذلك تجدونهم يتخذون قبور أنبيائهم والصالحين من عباده مساجداً فيدعون أنبياءهم والصالحين وهم في قبورهم أن يدعوا الله ليغفر لهم ذنوبهم! فأشركوا بالله ربهم أرحم الراحمين. وقال الله لهم يوم القيامة أن يدعوا رسل الله من دونه والصالحين من عباده، فهل يستجيبون لهم؟ وأراهم الله أنبياءه ورُسله والصالحين من عباده الذين كانوا يتوسلون إليهم أن يدعوا الله ليغفر لهم خطاياهم حتى إذا أراهم الله إياهم عرفوهم، وقال الله تعالى:
    {وَإِذَا رَأَى الَّذِينَ أَشْرَكُوا شُرَكَاءَهُمْ قَالُوا رَبَّنَا هَؤُلَاءِ شُرَكَاؤُنَا الَّذِينَ كُنَّا نَدْعُوا مِنْ دُونِكَ فَأَلْقَوْا إِلَيْهِمُ الْقَوْلَ إِنَّكُمْ لَكَاذِبُونَ (٨٦) وَأَلْقَوْا إِلَى اللَّهِ يَوْمَئِذٍ السَّلَمَ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ (٨٧)} صدق الله العظيم [النحل:87].

    Wahai kekasihku di Jalan Allah, siapakah yang lebih menyayangi kalian dari Allah? Adakah kalian mengetahui apa penyebab syirik bagi kebanyakan dari orang-orang beriman? Ia adalah tiadanya kefahaman akan ayat-ayat Allah mengenai permintaan istighfar.

    Kerana itu kalian akan mendapati mereka menjadikan kuburan para Nabi mereka dan orang-orang sholeh dari hamba-hamba-Nya sebagai masjid-masjid, di mana mereka menyeru para Nabi mereka dan orang-orang sholeh sedang mereka itu berada di kuburan mereka, agar para Nabi dan orang-orang sholeh itu memohon kepada Allah untuk mengampuni bagi mereka atas dosa-dosa mereka
    !

    Mereka telah syirik kepada Allah, Tuhan mereka Yang Maha Mengasihani dari sekalian yang pengasih. Allah Ta'ala berfirman kepada mereka pada Hari Kiamat agar mereka menyeru para Rasul Allah dan orang-orang sholeh dari kalangan hamba-hamba Allah selain-Nya, maka adakah para Rasul dan orang-orang sholeh itu akan membalas seruan mereka
    ?

    Allah akan memperlihatkan kepada mereka para Nabi dan Rasul-Nya, dan orang-orang sholeh dari hamba-hamba-Nya yang mereka bertawassul kepadanya agar memohon kepada Allah supaya mengampuni bagi mereka akan kesalahan dan dosa mereka, sehinggalah tatkala Allah memperlihatkan kepada mereka para Utusan dan hamba-hamba Allah yang sholeh itu, mereka mengenalnya, firman Allah Ta'ala:

    Dan apabila orang-orang yang mempersekutukan [Allah] melihat sekutu-sekutu mereka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami mereka inilah sekutu-sekutu kami yang dahulu kami seru selain-Mu". Lalu sekutu-sekutu mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya kamu benar-benar orang-orang yang dusta". (86) Dan mereka menyatakan ketundukannya kepada Allah pada hari itu dan hilanglah dari mereka apa yang selalu mereka ada-adakan. (87)
    Maha Benar Allah
    [An-Nahl]


    وقال الله تعالى:
    {وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ} صدق الله العظيم [يونس:18].

    Allah Ta'ala berfirman:
    Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak [pula] kemanfa’atan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafa’at kepada kami di sisi Allah". Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik dilangit dan tidak [pula] di bumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan [itu]. (18)
    Maha Benar Allah

    [Yunus]


    وقال الله تعالى:
    {وَيَوْمَ نَحْشُرُ‌هُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَ‌كُوا مَكَانَكُمْ أَنتُمْ وَشُرَ‌كَاؤُكُمْ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ وَقَالَ شُرَ‌كَاؤُهُم مَّا كُنتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ ﴿٢٨﴾ فَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ إِن كُنَّا عَنْ عِبَادَتِكُمْ لَغَافِلِينَ ﴿٢٩﴾ هُنَالِكَ تَبْلُو كُلُّ نَفْسٍ مَّا أَسْلَفَتْ وَرُ‌دُّوا إِلَى اللَّـهِ مَوْلَاهُمُ الحقّ وَضَلَّ عَنْهُم مَّا كَانُوا يَفْتَرُ‌ونَ ﴿٣٠﴾} صدق الله العظيم [يونس].

    Allah Ta'ala berfirman:
    Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu; sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): Bukanlah kami yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)! (28) (Allah mengetahui apa yang sebenarnya); oleh itu, cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dengan kamu, bahawa sesungguhnya kami tidak menyedari pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami). (29) Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai) akan apa yang telah dikerjakan dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya) dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan. (30)
    Maha Benar Allah
    [Yunus]


    وقال الله تعالى:
    {وَيَوْمَ يَقولُ نَادُوا شُرَكائِي الَّذِينَ زَعَمْتُمْ فَدَعَوْهُمْ فلمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ} صدق الله العظيم [الكهف:52].
    وقال الله تعالى:
    {وَقِيلَ ادْعُوا شُرَكَاءَكُمْ فَدَعَوْهُمْ فَلَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُمْ وَرَأَوُا الْعَذَابَ لَوْ أَنَّهُمْ كَانُوا يَهْتَدُونَ} صدق الله العظيم [القصص:64].

    Firman Allah Ta'ala:
    Dan [ingatlah] akan hari [yang ketika itu] Dia berfirman: "Panggillah olehmu sekalian sekutu-sekutu-Ku yang kamu katakan itu". Mereka lalu memanggilnya tetapi sekutu-sekutu itu tidak membalas seruan mereka Maha Benar Allah
    [Al-Kahfi: 52]

    Firman Allah Ta'ala:
    Dan dikatakan (kepada mereka): Panggillah makhluk-makhluk dan benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah (untuk menolong kamu), lalu mereka memanggilnya, tetapi makhluk-makhluk dan benda-benda itu tidak menyahut panggilan mereka; dan mereka tetap melihat azab (dengan merasa sesal) serta bercita-cita kalaulah mereka di dunia dahulu menurut petunjuk. (64)
    Maha Benar Allah
    [Al-Qosos]


    بل تبرَّأ شُركاؤهم من دُعائهم من دون الله، وقالوا:
    {وَقَالَ شُرَ‌كَاؤُهُم مَّا كُنتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ ﴿٢٨﴾ فَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ إِن كُنَّا عَنْ عِبَادَتِكُمْ لَغَافِلِينَ ﴿٢٩﴾} صدق الله العظيم [يونس].

    Bahkan sekutu-sekutu mereka berlepas diri dari permintaan mereka kepada selain Allah, mereka berkata:
    Dan berkatalah makhluk-makhluk yang mereka sembah itu (sebagai berlepas diri): Bukanlah kami yang kamu puja dan taat (sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri)! (28) (Allah mengetahui apa yang sebenarnya); oleh itu, cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dengan kamu, bahawa sesungguhnya kami tidak menyedari pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami). (29)
    Maha Benar Allah
    [Yunus]


    فاتقوا الله أحبتي في الله فذلك هو سبب إشراك المؤمنين بربهم: التوسل بالدعاء إلى عبيده من دونه ليدعون لهم الله. ويا سُبحان الله العظيم!

    Maka bertakwalah kalian kepada Allah wahai kekasihku di Jalan Allah, itulah penyebab kesyirikan orang-orang yang beriman kepada Tuhan mereka: Bertawassul dengan doa dan seruan kepada hamba-hamba Allah selain-Nya supaya memohon kepada Allah untuk mereka.
    Aduhai Maha Suci Allah Yang Maha Agung,
    Ya Subhaanallaahil 'Adziim
    !



    وقال الله تعالى:
    {أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا} صدق الله العظيم [الإسراء:57].


    Allah Ta'ala berfirman:
    Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari Wasilah -jalan mendampingkan diri- kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya ; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (57)
    Maha Benar Allah
    [Al-Israa]


    وقال الله تعالى:
    {وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَىٰ بَعْضٍ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورً‌ا ﴿٥٥﴾ قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِهِ فَلَا يَمْلِكُونَ كَشْفَ الضُّرِّ‌ عَنكُمْ وَلَا تَحْوِيلًا ﴿٥٦﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَ‌بِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَ‌بُ وَيَرْ‌جُونَ رَ‌حْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَ‌بِّكَ كَانَ مَحْذُورً‌ا ﴿٥٧﴾ وَإِن مِّن قَرْ‌يَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورً‌ا ﴿٥٨﴾} صدق الله العظيم [الإسراء].

    Allah Ta'ala berfirman:
    Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain, dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud. (55) Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya. (56) Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari Wasilah -jalan mendampingkan diri- kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya ; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (57) Tak ada suatu negeripun [yang durhaka penduduknya], melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab [penduduknya] dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab [Lauh Mahfuzh]. (58)
    Maha Benar Allah
    [Al-Israa]


    وقال الله تعالى:
    {وَلَقَدْ صَرَّ‌فْنَا فِي هَـٰذَا الْقُرْ‌آنِ لِلنَّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ وَكَانَ الْإِنسَانُ أَكْثَرَ‌ شَيْءٍ جَدَلًا ﴿٥٤﴾ وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَن يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُ‌وا رَ‌بَّهُمْ إِلَّا أَن تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا ﴿٥٥﴾} صدق الله العظيم [الكهف].

    Firman Allah Ta'ala:
    Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Qur’an ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah. (54) Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk telah datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali [keinginan menanti] datangnya hukum [Allah yang telah berlaku pada] umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata. (55)
    Maha Benar Allah
    [Al-Kahfi]


    ويا معشر الأنصار السابقين الأخيار، ما كان للمهدي المنتظر أن يأمركم أن تدعونه من دون الله ليستغفر الله لكم فذلك شرك بالله إلا أن استغفر لكم من ذات نفسي من غير طلب للدعاء منكم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُم‏} صدق الله العظيم [محمد:19].

    Wahai sekalian Anshar Pendahulu Yang Baik, tiadalah layak bagi Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk memerintahkan kalian agar meminta kepada dirinya selain dari Allah, supaya dia memohon kepada Allah agar mengampuni kalian, kerana yang demikian adalah syirik kepada Allah, kecuali jika Al-Mahdi memohon ampunan Allah untuk kalian dari dirinya sendiri, tanpa ada permintaan untuk mendoakan dari kalian.

    Benarlah firman Allah Ta'ala:
    Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan [Yang Hak] melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi [dosa] orang-orang mu’min, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu. (19)
    Maha Benar Allah
    [Muhammad]


    فهل يصح أن نقول: يا ملائكة الرحمن المُقربين ادعوا الله أن يغفر لنا، ثم نقول: فإنه يجوز لنا هذا الدُعاء. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِن فَوْقِهِنَّ وَالْمَلائِكَةُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِمَن فِي الأَرْضِ أَلا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ} [الشورى:5].

    Adakah benar sekiranya kita menyeru: Wahai Malaikat Ar-Rahman yang didekatkan, mohonlah kepada Allah agar mengampuni kami, lalu kita mengatakan: boleh bagi kita menyeru seperti ini, benarlah firman Allah Ta'ala: Hampir saja langit itu pecah dari sebelah atasnya [karena kebesaran Tuhan]dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa sesungguhnya Allah Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (5) Maha Benar Allah
    [Asy-Syuura]


    وتصديقاً لقول الله تعالى:
    {الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ} صدق الله العظيم [غافر:7].

    Dan juga firman Allah Ta'ala: [Malaikat-malaikat] yang memikul ’Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman [seraya mengucapkan]: "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala, (7)
    Maha Benar Allah
    [Ghaafir]


    ثم نقول الجواب: لا يجوز فذلك شرك بالله العظيم ولو يسمع ملائكة الرحمن أحداً يقول يا ملائكة الرحمن ادعوا الله ليغفر لنا لما دعوا الله ولقالوا: كيف نستغفر لمن أشرك بالله؟ فلن نغني عنك من الله شيئاً، ولكن ملائكة الرحمن يجوز لهم أن يدعوا ربهم من ذات أنفسهم أن يغفرَ للمؤمنين؛ بل لم يجرؤ ملائكة الرحمن أن يسألوا الله الغفران إلا للذين ينيبون إلى ربهم لا يشركون بالله شيئاً. ولذلك قالوا:
    {رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ} صدق الله العظيم.

    Lalu kami katakan jawabannya: Tidak boleh, kerana itu merupakan syirik kepada Allah Yang Maha Agung. Seandainya para Malaikat Ar-Rahman mendengarkan seseorang menyeru “Wahai Malaikat Ar-Rahman, mohonlah kepada Allah supaya Dia mengampuni kami”, tentulah para malaikat itu tidak menyeru kepada Allah bahkan mereka berkata: Bagaimana kami dapat memohonkan ampunan bagi orang yang menyekutukan Allah? Kami ini tidak akan dapat membantumu sedikitpun dari (azab) Allah, akan tetapi boleh bagi para Malaikat Ar-Rahman untuk berdoa kepada Tuhan mereka dari diri mereka sendiri agar Allah mengampuni orang-orang yang beriman; bahkan para Malaikat Ar-Rahman tidak berani untuk meminta pengampunan dari Allah, kecuali bagi orang-orang yang kembali kepada Tuhan mereka dengan bertaubat kepada-Nya, yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Kerana itu mereka (para malaikat) berkata: "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala,(7)
    Maha Benar Allah.



    اللهم ثبت أبا محمد الكعبي وأبا بكر المُغربي وكافة أنصاري على الصراط المُستقيم، واغفر لهم إنك أنت الغفور الرحيم.

    Ya Allah, teguhkanlah Abu Muhammad Al-Kaabey, Abu Bakar Al-Maghribi, dan seluruh ansharku agar tetap di Jalan Yang Lurus dan ampunilah mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


    وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudaramu, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://albushra-islamia.net./showthread.php?t=2366


  2. Post Berdoalah kepada Tuhanmu dengan i'tikad -percaya lagi yakin- bahawa tidak ada sesiapa pun yang lebih mengasihimu dari Allah..


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    29 - 10 - 1431 هـ
    08 - 10 - 2010 مـ
    02:01 صباحاً
    ـــــــــــــــــــ



    ادعُ ربك معتقداً أنه لا يوجد من هو أرحم بك من الله..

    Berdoalah kepada Tuhanmu dengan i'tikad -percaya lagi yakin- bahawa tidak ada sesiapa pun yang lebih mengasihimu dari Allah..


    بسم الله وتوكلتُ على الله، والصلاة والسلام على رسول الله وآله الأطهار، سلامُ الله عليكم ورحمته وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار..

    Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, sholawat dan salam atas Rasulullah dan keluarga baginda yang suci, salam Allah atas kalian serta rahmat-Nya dan keberkahan-Nya wahai kekasihku anshar pendahulu yang baik..


    بالنسبة لطلب الاستغفار من الله للمُسلمين الأحياء والأموات منهم أجمعين فإن ذلك لهو من أحبّ الدُعاء إلى نفس ربّ العالمين لو كنتم تعلمون،
    وإنما حَرَّمْنا عليكم التوسل بعبيد الله أي أن يستغفروا لكم الله سُبحانه فذلك شرك بالله، وإنما قلنا: إذا أثِمَ أحدُكم في حق عبدٍ وطلب منه أن يستغفر الله له في حقه؛ بمعنى أنه يطلب منه السماح، ثم يقول العبدُ: "سامحك الله"، ثم يغفر الله له الإثم في حق أخيه. تصديقاً لقول الله تعالى: { وَإِنْ تَعْفُوا وَتَصْفَحُوا وَتَغْفِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } صدق الله العظيم [التغابن:14].

    Mengenai memohonkan ampunan dari Allah untuk orang-orang Islam yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia di antara mereka seluruhnya, maka sesungguhnya yang demikian itu benar-benar merupakan bahagian permohonan doa yang paling dicintai oleh Dzat Tuhan Semesta Alam seandainya kalian mengetahui, kami hanya mengharamkan atas kalian bertawassul dengan hamba Allah supaya mereka memohonkan ampunan Allah untuk kalian kerana demikian itu adalah syirik terhadap Allah.

    Apa yang telah kami katakan hanyalah: Apabila ada seorang di antara kalian telah berdosa pada hak seorang hamba, dan yang berdosa meminta dari hamba itu agar memohonkan ampunan dari Allah untuknya pada hak si hamba tadi; bermakna yang bersalah meminta maaf dari hamba Allah itu, lalu si hamba mengatakan: “Semoga Allah mengampunimu”, kemudian Allah mengampuni dosanya pada hak saudaranya.

    Benarlah firman Allah Ta'ala:

    dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14)
    Maha Benar Allah
    [At-Taghobun]


    فلم أمنعكم من الاستغفار للمُسلمين والمُسلمات الأحياء منهم والأموات، ألا والله لو تعلمون كم يُخفف الله عن الأموات بسبب دُعاء الأحياء من المُسلمين! ولو تعلمون كم فَرحتهم بذلك لاستغفرتم لهم الليل والنهار حتى يغفر الله لهم جميعاً فيدخلهم في رحمته جميعاً، فذلك جزء من تحقيق هدفكم السامي، ولكن إذا جاء أحدُ عباد الله إلى أحدكم وقال: "يافلان ادعِ الله لي بكذا وكذا" فقل لهُ:
    { وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ } صدق الله العظيم [غافر:60]، وذلك لأنكم لو تدعون لهُ كما طلب ثم يجيبه الله لوجدتم أنّهم كلّ يوم سيأتون إليكم بطلب الدعاء من الله، فذلك كان سبب إشراك الأمم حتى بالغوا في عبيد الله الصالحين كون دعاؤهم كان مُستجاباً.

    Aku tidak melarang kalian memohon ampunan untuk orang-orang Islam lelaki dan perempuan, yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia di antara mereka, ingatlah demi Allah, andai kalian mengetahui betapa Allah meringankan (seksaan) terhadap orang-orang yang telah mati dengan sebab doa orang-orang yang masih hidup dari kalangan muslimin
    !

    Andai kalian tahu betapa gembiranya mereka dengan yang demikian, nescaya kalian memohonkan ampunan untuk mereka malam dan siang agar Allah mengampuni bagi mereka semua, lalu Dia memasukkan mereka semua ke dalam Rahmat-Nya, maka demikian itu merupakan bahagian dari merealisasikan cita-cita kalian yang unggul.

    Akan tetapi, apabila ada hamba Allah yang datang kepada kalian lalu berkata: Wahai fulan, berdoalah kepada Allah untukku supaya begini, dan begini..”, maka katakanlah kepadanya:
    Dan Tuhanmu berfirman: “Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu” Maha Benar Allah [Ghafir:60], demikian ini kerana sekiranya kalian berdoa untuknya sebagaimana yang dipintanya, lalu Allah memenuhi permintaannya itu, tentu kalian akan dapati setiap hari mereka akan mendatangi kalian dengan meminta doa kalian dari Allah, maka itulah yang menjadi penyebab kesyirikan umat-umat sehingga mereka melebih-lebihkan hamba-hamba Allah yang sholeh kerana doa mereka mustajab -diterima oleh Allah-.


    فاتقوا الله يا أولي الألباب، فمن سألكم الدعاء من الله بأن تدعو الله له بكذا وكذا، فقولوا له:
    "بل ادعُ ربك معتقداً أنه لا يوجد من هو أرحم بك من الله، وسوف يجيب دعوتك، إن ربي سميع الدُعاء".

    Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai Ulul Albaab -orang-orang yang menggunakan akal fikiran-, sesiapa yang meminta kalian memohon dari Allah dengan mendoakan untuknya begini, dan begini, maka hendaklah kalian mengatakan padanya:

    “Bahkan berdoalah kepada Tuhanmu dengan i'tikad -percaya lagi yakin- bahawa tidak ada sesiapa pun yang lebih mengasihimu dari Allah, dan kelak Dia akan memperkenankan doamu, sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar permohonan doa”


    فعلِّموهم كيفية الإخلاص في الدُعاء، تصديقاً لقول الله تعالى:
    { هُوَ الْحَيُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ } صدق الله العظيم [غافر:65].


    Kemudian beritahukan kepada mereka bagaimana tulus ikhlas dalam berdoa, benarlah firman Allah Ta'ala:

    Dialah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kalian akan Dia dengan tulus ikhlas (65)
    Maha Benar Allah
    [Ghaafir]


    وسلامٌ على المُرسلين، والحمد ُلله رب العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudaramu, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ــــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://albushra-islamia.net./showthread.php?p=8721

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 15-06-2020, 03:17 PM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 30-06-2019, 06:26 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 09-06-2017, 08:44 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 14-02-2016, 10:44 AM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 24-05-2015, 11:39 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •