المصدر:
https://albushra-islamia.net./showthread.php?p=11069
بيان بشان الروح وكلمات الله كن فيكون
Keterangan Mengenai Roh Dan Kalimah Allah Kun Fayakun
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kalian
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
هذا بيان بشان الروح وكلمات الله كن فيكون للامام المبعوث بالبيان الحق للقران الكريم ناصر محمد اليماني
Ini adalah keterangan mengenai roh dan kalimah Allah Kun Fayakun, oleh Imam yang diutus dengan Bayanul Haq lil-Qur'an Al-'Adzim -keterangan yang haq bagi Al-Qur'an yang suci- Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
---------------------------------------------
وأما بالنسبة للروح فهي من أمر ربي وليست من صفاته سُبحانه وتعالى علواً كبيراً
تصديقاً لقول الله تعالى:
{ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ }
صدق الله العظيم, [الشورى: 11]
Adapun mengenai Roh, maka ia termasuk urusan Tuhanku. Ia bukan dari sifat-sifatNya Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Benarlah firman-Nya:
Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (11)
Maha Benar Allah
(Asy-Syuura)
أم إنك تريد أن تمهد للمسيح الدجال الذي يظهر للبشر كإنسان ويدعي الربوبية ولذلك تقول إن الروح الذي تجعل الإنسان حياً هي من صفات ذات الله وإنك لمن الكاذبين ولكني أعلم ماهو المقصود من قول الله تعالى:
{ فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ }
صدق الله العظيم, [ص: 72]
Ataukah engkau ingin memberi kemudahan bagi Al-Masih Ad-Dajjal -yang akan muncul menampakkan diri kepada orang-orang sebagai seorang manusia dan mengaku tuhan- hingga menyebabkan engkau mengatakan bahawa Roh yang membuatkan manusia menjadi hidup itu adalah dari sifat-sifat Dzat Allah, padahal sesungguhnya engkau termasuk kalangan yang berbohong.
Namun begitu, aku mengetahui apa maksud dari firman Allah SWT:
Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh-Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya". (72)
Maha Benar Allah
(Shood)
وتعال لأعلمك ما هو المقصود من قول الله تعالى :
{فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُواْ لَهُ سَاجِدِينَ }
ويقصد خلقه من طين ثم يقول لهُ : كُن ، فيكون .. وقال الله تعالى :
{ إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آَدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ }
صدق الله العظيم, [ال عمران: 59]
Kemarilah engkau agar dapat aku ajarkan kepadamu, apa maksud dari firman Allah SWT:
Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh-Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya".
Maksudnya ialah Allah SWT telah menciptakan Adam dari tanah kemudian Dia berfirman kepada ciptaan-Nya itu:
Kun -jadilah-, Fayakun -maka ia menjadi-..
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya misal [penciptaan] ’Isa di sisi Allah, adalah seperti [penciptaan] Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" [seorang manusia], maka jadilah dia. (59)
Maha Benar Allah
(Ali 'Imron)
إذاً المقصود من قول الله تعالى: { وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي } أي كلمة من قُدرتي كُن فيكون .. وقال الله تعالى:
{ إِذْ قَالَتِ الْمَلائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ}
صدق الله العظيم, [ال عمران: 45]
Jadi, maksud dari firman Allah SWT: “dan Kutiupkan kepadanya roh-Ku”, yakni Kalimah dari Qudrah-Ku Kun Fayakun..
Firman Allah SWT:
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didekatkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). (45)
Maha Benar Allah
(Ali 'Imron)
ولكن مريم أخذت الدهشة من قولهم وقالت:
{ قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ}
صدق الله العظيم, [ال عمران: 47]
فانظروا لرد الملائكة على مريم بالحق:
{ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ }
صدق الله العظيم,
Akan tetapi Maryam berasa tertegun kehairanan dari ucapan itu maka dia berkata:
Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman (dengan perantaraan Malaikat) : Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. (47 .
Maha Benar Allah
(Ali-'Imron)
Perhatikan balasan jawaban Malaikat kepada Maryam dengan kebenaran:
Allah berfirman (dengan perantaraan Malaikat) : Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. (47 .
Maha Benar Allah
إذاً تبين المقصود من قول الله تعالى: { وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي } أي يقصد من كلمات قدرتي المُطلقة كن فيكون ، وليس أن الروح من ذات الله سبحانه وتعالى علواً كبيراً، ولكني أعلم ماتريد أن تصل إليه وهو اشتراك الصفات بالإنسان والرحمن تمهيداً للشيطان الذي سوف يتمثل إلى إنسان فيقول إنه الرحمن ’ أو ابن الرحمن إن غيّر مكره ، نظراً لكشف حقيقته في بيان المهدي المنتظر ، وأما كلمات الله فهي قُدرات الله المُطلقة كُن فيكون .. وقال الله تعالى:
{ إنَّما أمرُهُ إذا أرادَ شيئًا أن يقولَ لَهُ كُنْ فَيَكون }
صدق الله العظيم, [يس: 82]
Oleh itu jelaslah maksud dari firman Allah SWT: “dan Kutiupkan kepadanya roh (dari) Ku”, yaitu maksudnya dari kalimah-kalimah Qudrah-Ku yang mutlaq Kun Fayakun -Jadilah, maka ia terjadi-, bukannya bermaksud Roh itu dari Dzat Allah Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Begitupun, aku mengetahui apa keinginan dan tujuanmu -ia adalah penyekutuan sifat-sifat pada manusia dan Ar-Rahman -Tuhan yang Maha Pemurah- sebagai pembuka jalan bagi Syaitan yang kelak menjelma sebagai manusia dengan mengaku bahawa dia Ar-Rahman (Tuhan), atau mengaku dia adalah Anak Tuhan sekiranya dia mengubah rencana tipudayanya, memandangkan hakikat dirinya telah tersingkap dalam Bayan Al-Mahdi Al-Muntazar.
Adapun kalimah-kalimah Allah, maka ia adalah Qudrah Allah yang mutlaq Kun Fayakun..
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. (82)
Maha Benar Allah
(Yaa Siin)
وكلمات قدرته تعالى تتكون من حرفين اثنين هي أسرع نطقاً في اللسان وأقرب من لمح البصر في البيان على الواقع الحقيقي ، فيكون إذا شاء ما يريد بأقرب من لمح البصر ، وكما قلنا إن كلمات الله هي قدرات الله المُطلقة ، كن فيكون وقال الله تعالى:
{ وَمَرْيم ابْنَتَ عِمْرانَ الّتي أحصَنَت فَرْجَها فَنَفَخْنا فِيهِ مِنْ رُوحِنا وَصَدَّقت بِكَلِماتِ رَبّها وَكُتُبهِ وَكانَتْ مِنَ الْقانِتين }
صدق الله العظيم, [التحريم: 12]
Kalimah-kalimah Qudrah-Nya SWT terdiri dari 2 huruf yang paling cepat penyebutannya dalam ucapan, dan lebih pantas dari kerdipan mata – dalam kenyataan realiti sebenar, maka dengan itu terjadilah ketika Dia berkehendak mengadakan apa yang dikehendaki-Nya itu terjadi dengan lebih cepat dari kerdipan mata.
Sebagaimana yang telah kami katakan, bahawasanya Kalimah-kalimah Allah itu adalah Qudrah-qudrah Allah yang Mutlaq, Kun Fayakun.
Maka Allah SWT berfirman:
dan Maryam puteri ’Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh Kami; dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya dan Kitab-kitab-Nya; dan adalah dia termasuk orang-orang yang ta’at. (12)
Maha Benar Allah
(At-Tahrim)
فانظروا لقول الله تعالى: { وَصَدَّقت بِكَلِماتِ رَبّها } أي قدرات ربها كُن فيكون إذاً كلمات قدرات الله هي (كُن) ولا نهاية لقدرته تعالى
تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ }
صدق الله العظيم, [لقمان: 27]
Perhatikan oleh kalian firman Allah SWT: “dan dia membenarkan kalimat-kalimat Tuhannya”, yakni Qudrah-qudrah Tuhannya Kun Fayakun. Jika demikian, maka kalimah-kalimah qudrah-qudrah Allah adalah “Kun” -Jadilah- dan tidak ada habis-habisnya bagi Qudrah-Nya Maha Luhur Dia, benarlah firman Allah:
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut [menjadi tinta], ditambahkan kepadanya tujuh laut [lagi] sesudahnya, niscaya tidak akan habis-habisnya kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (27)
Maha Benar Allah
(Luqman)
أي أنه لا نهاية لقدرات الله وهي روح قدرته وليس من ذاته فاشترك الإنسان في صفات الرحمن حسب زعمك سُبحانه وتعالى علواً كبيراً ، فلا يشبهه الإنسان لا في الجسد ولا في الروح في شيء سُبحانه وتعالى علواً كبيراً، فاتقوا الله يامعشر المُسلمين واتبعوني أهدكم إلى صراط العزيز الحميد ولا ولن أقول لكم المهدي المنتظر الحق من ربكم ما يقوله المُفترون على الله بغير الحق أمثال المهاجر وليس بيني وبينكم إلا كتاب الله وسنة رسوله الحق إن كنتم بهما مؤمنين ،
Yakni bahawasanya tidak akan ada habisnya bagi Qudrah-qudrah Allah, itulah Roh dari Qudrah-Nya, bukan dari Dzat-Nya hingga manusia mengikutsertakan dan bersekutu pada sifat Ar-Rahman seperti sangkaanmu -Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Manusia tidak serupa dengan-Nya, tidak pada jasad dan tidak juga pada roh, tidak pada sesuatu -Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar. Bertakwalah, takutlah kalian terhadap Allah wahai sekalian kaum Muslimin dan ikuti aku, agar aku tunjuki kalian ke Jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
Aku Al-Mahdi Al-Muntazar yang haq dari Tuhan kalian, sama sekali tidak akan mengatakan kepada kalian sebagaimana perkataan orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tanpa kebenaran, contohnya seperti Muhajir (anggota forum). Tidak ada di antara diriku dan antara diri kalian selain Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yang haq seandainya kalian benar-benar mengimani kedua-duanya itu .
فليس بيني وبينكم إلا قال الله وقال رسوله صلى الله عليه وآله وسلم فاتبعوا ناصر محمد يا أنصار مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم إن كنتم مسلمين ، وإنما أدعوكم إلى ما دعاكم إليه محمد رسول الله على بصيرة من الله القرآن العظيم ولم يجعلني مُبتدعاً بل مُتبعاً لمحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
تصديقاً لقول الله تعالى:
{ قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ }
صدق الله العظيم, [يوسف: 108]
Tiada antaraku dan kalian selain firman Allah dan sabda Rasul-Nya SAW, maka ikutilah oleh kalian akan Pembela Muhammad ini wahai sekalian pembela-pembela Muhammad Rasulullah SAW sekiranya kalian benar-benar adalah orang-orang yang berserah diri.
Aku ini hanyalah menyeru kalian kepada seruan Muhammad Rasulullah SAW dengan mengikuti Bashirah, petunjuk ilmu pengetahuan dari Allah yaitu Al-Qur'an yang agung.
Allah Swt tidak menjadikan aku sebagai pencetus baru, namun hanyalah sebagai pengikut Muhammad Rasulullah SAW, benarlah firman Allah SWT:
Katakanlah: "Inilah jalan [agama] ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak [kamu] kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (108)
Maha Benar Allah
(Yusuf)
فما هي البصيرة التي يحاج الناس بها وقال الله تعالى:
{ حم (1) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (2) غَافِرِ الذَّنْبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ (3) مَا يُجَادِلُ فِي آَيَاتِ اللَّهِ إِلَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلَادِ (4)}
صدق الله العظيم, [غافر]
وقال الله تعالى:
{ وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ فَمَنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنذِرِينَ }
صدق الله العظيم, [النمل: 92]
Apa Bashirah yang dengannya Allah menghujjah manusia, firman Allah SWT:
Haa Miim. (1) Diturunkan Kitab ini [Al Qur’an] dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui, (2) Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya; Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan [yang berhak disembah] selain Dia. Hanya kepada-Nyalah kembali [semua makhluk]. (3) Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain itu memperdayakan kamu. (4)
Maha Benar Allah
(Ghafir)
Allah SWT berfirman:
Dan supaya aku membacakan Al Qur’an [kepada manusia]. Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk [kebaikan] dirinya, dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: "Sesungguhnya aku tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan". (92)
Maha Benar Allah
(An-Naml)
ولكن للأسف إن علماء الأمة ينتظرون مهدياً يقول على الله ما لا يعلم ويتبع أهواءهم كمثل المهاجر ولكني المهدي المنتظر الحق من ربكم أقسمُ بالله الواحد القهار لو استمر الحوار بيني وبينكم ما دامت السماوات والأرض أني لا ولن أتبع أهواءكم شيئاً وسوف أجاهدكم بالقرآن العظيم جهاداً كبيراً كما فعل جدي من قبلي تصديقاً لقول الله تعالى:
{ فَلَا تُطِعِ الكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ بِهِ جِهَادًا }
صدق الله العظيم, [الفرقان: 52]
Akan tetapi sayangnya, para ulama umat menantikan 'mahdi' yang mengatakan terhadap Allah mengenai sesuatu yang tidak diketahuinya, supaya 'mahdi' itu dapat mengikuti hawa-nafsu mereka seperti Si Muhajir ini.
Namun begitu aku, Al-Mahdi Al-Muntazar yang haq dari Tuhan kalian, aku bersumpah demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, sekiranya tetap berterusan hiwar antara aku dan kalian selama adanya langit dan bumi, maka sesungguhnya aku sama sekali tidak akan mengikuti hawa-nafsu kalian walau sedikitpun.
Dan kelak aku akan berjihad terhadap kalian dengan Al-Qur'an yang agung dengan jihad yang besar, dengan jihad yang sebenar-benarnya sepertimana yang telah dilakukan oleh nendaku sebelum ini, benarlah firman Allah SWT:
Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Qur’an dengan jihad yang besar. (52)
Maha Benar Allah
(Al-Furqon)
وعهداً لربي تكونون عليه من الشاهدين أني سوف أجاهدكم جهاد الحوار بالقرآن العظيم جهاداً كبيراً حتى أقيم الحجة عليكم إن كنت المهدي المنتظر الحق من ربكم أو تقيموا الحُجة علي إن كان ناصر محمد اليماني كمثل المهاجر من الذين يفترون على الله بغير الحق أو من الذين يقولون على الله مالا يعلمون فلا ينبغي لكم أن تصدقوا ناصر محمد اليماني إذا قال لكم عندي غير كتاب الله وسنة رسوله وأعوذُ بالله أن أكون من الذين يفترون على الله الكذب وهم يعلمون أن خاتم الأنبياء والمُرسلين هو جدي النبي الأمي الأمين محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ، و ما كان جدّك أيها المهاجر إلا من شياطين البشر من اليهود الذين يظهرون الإيمان ويبطنون الكُفر ،
Sebagai sebuah janji dari Tuhanku yang kalian semua terhadap itu menyaksikannya, bahawasanya kelak aku akan berjihad terhadap kalian dengan jihad melalui hiwar dengan Al-Qur'an yang agung, dengan jihad yang besar, dengan jihad yang sebenar-benarnya.
Sehinggalah aku tegakkan hujjah terhadap kalian jika benar aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazar yang haq dari Tuhan kalian, atau kalian menegakkan hujjah terhadapku jika sekiranya Nasser Mohammed Al-Yamani sama seperti Muhajir, dari kalangan orang-orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah tanpa kebenaran, ataupun dari kalangan orang-orang yang mengatakan terhadap Allah dengan sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya.
Maka tidaklah layak bagi kalian untuk membenarkan Nasser Mohammed Al-Yamani, sekiranya dia mengatakan kepada kalian ucapan dari dirinya sendiri, tanpa Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya- Aku berlindung kepada Allah dari termasuk kalangan yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.
Padahal mereka mengetahui bahawa penutup para Nabi dan Rasul adalah nendaku seorang Nabi yang Ummi lagi dipercayai, Muhammad Rasulullah SAW, sedang tiadalah nendamu wahai Muhajir, kecuali dari kalangan syaitan-syaitan manusia dari kalangan Yahudi yang menampakkan keimanan dengan menyembunyikan kekafiran.
و أقسمُ بالله الواحد القهار قسم مُقدم لأفحمنك بالحق وأخرسن لسانك وألجمك إلجاماً، و ليس أنت وحدك بل وكافة عُلماء الأمصار من مُختلف الأقطار سواء يكونون من الجان المخلوقين من النار أو من البشر المخلوقين من صلصال كالفخار وليس قول الغرور بل طاولة الحوار هي الحُكم إن استجابوا لدعوة الإحتكام إلى الذكر الحكيم المرجعية للدين فيما كانوا فيه يختلفون في التوراة أو في الإنجيل أو في السنة النبوية فآتيهم بحكم الله من محكم القرآن العظيم فما جاء مُخالفاً لمحكمه فهو من عند غير الله وليس عن رسل الله صلى الله عليهم وآلهم وسلم تسليماً ، و لم أفتكم أن الروح تتعذب في قبرها ، فإنك من الخاطئين ، بل تُعذب الروح من بعد موتها في نار جهنم والروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلاً.
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan dengan sumpah yang didahulukan, bahawasanya aku akan membuatkan lisanmu terdiam dengan hujjah dan aku akan bungkam ia dengan sebenar-benarnya.
Bukan hanya dirimu sahaja, bahkan seluruh ulama dunia dari pelbagai negara sama ada dari kalangan Jinn yang diciptakan dari api ataupun dari kalangan manusia yang diciptakan dari tanah kering seperti tembikar.
Ini bukanlah perkataan untuk menipu memperdayakan, namun ia adalah meja hiwar sebagai sebuah keputusan hukum sekiranya mereka menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an, sebagai rujukan utama bagi agama terhadap semua yang mereka perselisihkan dalam Taurat, atau dalam Injil, ataupun dalam Sunnah Nabawiyah.
Maka aku akan mendatangkan kepada mereka hukum keputusan Allah dari Muhkam Al-Qur'an yang agung, kerana semua yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur'an, maka ianya datang dari selain Allah dan tidak pula dari para Rasul Allah -sholawat Allah ke atas mereka dan keluarga mereka beserta kesejahteraan dan salam penghormatan kepada mereka-.
Aku tidak mengatakan bahawa roh itu menderita diazab di dalam kubur, engkau silap, bahkan roh menderita diazab setelah kematian dalam neraka Jahannam, sedang roh itu adalah dari Urusan Tuhan-Ku dan kalian tidak diberi pengetahuan mengenainya kecuali sedikit.
إن الله لا يهدي القوم الظالمين
وسلامُ على المرسلين والحمدُ لله رب العالمين
خليفة الله وعبده الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
Sesungguhnya Allah tidak menunjuki kaum yang zalim
Salam sejahtera ke atas para utusan dan
segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Khalifah Allah dan hamba-Nya Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani
Sumber:
https://albushra-islamia.net./showthread.php?2810-بيان-بشان-الروح-وكلمات-الله-كن-فيكون#ixzz2vDy51eU2